• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelancaran Kawasaki Ninja ZX-25R di Indonesia Mungkin Ditunda Lagi?

Pelancaran Kawasaki Ninja ZX-25R di Indonesia Mungkin Ditunda Lagi?

March 27, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter

HASRAT peminat permotoran mahu menyaksikan pelancaran rasmi model Kawasaki Ninja ZX-25R pada 4 April ini seakan samar-samar berikutan penularan wabak Covid-19.

Kawasaki Motor Indonesia (KMI) pernah menunda Kawasaki Bike Week 2020 di Karnival Pantai Ancol dan bercadang memindahkan acara tayangan ZX-25R ke Bilik Pameran Kawasaki Abdul Muis pada hari sama, 4 April 2020.

Namun terbaharu menurut portal IwanBanaran, acara baharu itu juga mungkin ditunda disebabkan situasi semasa Covid-19 di Indonesia yang semakin membimbangkan. Himpunan ramai di satu-satu lokasi memudahkan virus merebak, sekali gus meningkatkan kes jangkitan.

BACA >>> Harga Kawasaki ZX-25R Bocor di Indonesia, Harga Selepas Cukai Cecah RM36k!

Malah, Jakarta menyarankan orang ramai supaya mematuhi arahan penjarakan sosial seperti dilakukan banyak negara .

KMI setakat ini masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi, tetapi dipercayai mungkin ditunda bulan berikut, Mei atau Julai. Lazimnya, KMI gemar menggunakan saluran YouTube untuk berkongsi perkembangan terbaharu ZX-25R.

ZX-25R ialah sportbike paling hangat sedang diperkatakan di Indonesia, Thailand dan Malaysia kerana mengembalikan semula enjin 4-silinder sebaris pada model berstatus suku liter, 250cc.

Honda pula khabarnya bakal melancarkan pesaing sportbike, CBR250RR versi dipertingkat, yang dipacu enjin dwi-silinder dengan kuasa dipertingkat pada pertengahan Julai ini. Sementara itu, Yamaha belum bersedia berkongsi produk pengeluar itu.

BACA >>> Indonesia Buka Tempahan Kawasaki Ninja ZX-25R, 4 April ini!

SUMBER: IwanBanaran

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Kawasaki, Kawasaki Motor Indonesia (KMI), kawasaki ninja, Kawasaki Ninja ZX-25R, roda2, Tangguh Lancar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my