TAHUN lalu Honda menghasilkan 400 juta kenderaan dan lebih 100 juta ialah produk Super Cub. Terbaharu ,Honda buat kali pertama memperkenalkan Hunter Cub sebagai model off road famili Cub.
Masih menggunakan asas enjin Super Cub CT125 dan dilengkapi brek cakera depan dan belakang, CT125 Hunter Cub i baru saja dilancarkan 20 Mac lalu pada harga 440,000 yen (RM17,370) dalam dua pilihan warna, Growing Red (merah) dan Matte Frensco Brown (coklat).
CT125 Hunter Cub dibekalkan beberapa ciri off-road seperti posisi mufler lebih tinggi, rak barang di belakang, rim jejari, fender besi dan gad enjin. Selain brek cakera di depan dan belakang, kapcai advencer ini juga dilengkapkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan lampu LED.
BACA >>> Honda CT125 Hunter Cub Lancar di Jepun, Harga RM17.4k
CT125 Hunter Cub direka untuk kegunaan lasak dengan jarak kelegaan tanah tanah 165mm yang sesuai untuk tunggangan jalan raya bandar dan off-road di luar bandar. Enjin silinder tunggal penyejukan udara kapcai ini mampu menghasilkan kuasa 8.6hp @ 7000rpm dan tork 10.8Nm @ 4500rpm, manakala transmisi jenis automatik sentrifugal 4-kelajuan.
Ada banyak perbezaan antara model konsep dan pengeluaran. Walaupun rekabentuk seakan sama, tetapi jika diperhatikan memang ada perbezaan ketara. Misalnya, model konsep nampak lebih kompak, manakala model pengeluaran lebih maskular. Apa yang tidak berubah adalah asas casis dan komponen seperti fork depan teleskopik, hendal tinggi dan corong ambilan tinggi.
BACA >>> #TMS2019: Honda CT125 Concept - Kapcai Scrambler yang Bakal Masuk Pengeluaran
Di bawah ini kita dapat lihat beberapa perbezaan antara CT125 Hunter Cub dan CT125 Concept?
VIDEO
SUMBER: YoungMachine
Leave a Reply