• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 11 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Terpikat Dengan Honda Civic Baharu (2016)

11 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Terpikat Dengan Honda Civic Baharu (2016)

June 9, 2016 By Abang GYL 6 Comments

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda Civic BaharuCIRI sama seperti segmen-D, tetapi harga jualan segmen-C. Itulah gambaran Honda Civic baharu yang dilengkapi pelbagai ciri teknologi terkini dengan harga jualan menakjubkan. Apa yang pasti, pengenalan Honda Civic baharu ini bakal menggembirakan peminat Honda. Mana tidaknya, rekaan Honda Civic baharu bukan saja mengujakan, tetapi turut dilengkapi unit enjin turbo. Wow!!!

Bagi pasaran Malaysia, Honda Civic baharu didatangkan dalam tiga varian berbeza iaitu 1.8S, 1.5 Turbo dan 1.5 Turbo Premium. Harga jualan pula bermula dari RM113,800 hingga RM135,800. PanduLaju sediakan 11 perkara menarik mengenai Honda Civic baharu ini:

Honda Civic Baharu1. HARGA MENARIK (atas jalan termasuk GST dan insurans)

  • Honda Civic 1.8S - RM113,800
  • Honda Civic 1.5 Turbo - RM127,800
  • Honda Civic 1.5 Turbo Premium - RM135,800

2. DUA PILIHAN ENJIN

Buat pertama kali Honda Civic baharu didatangkan dengan enjin 1.5L Turbo yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 171hp pada 5,500rpm bersama tork puncak 220Nm (1,700 – 5,500rpm), manakala pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 8.2 saat. Varian 1.8L i-VTEC pula menghamburkan kuasa 139hp pada 6,500rpm dan tork 174Nm (5,500rpm) dengan pecutan 0-100kmj, 10.4 saat.

Honda Civic Baharu_2016_Pandulajudotcomdotmy (35)
Honda Civic Baharu

3. WARNA BAHARU

Lebih menarik, Honda Malaysia memperkenalkan warna baharu, Lunar Silver Metallic (perak) dan White Orchid Pearl (putih). Antara tiga warna lain ialah Merah, Kelabu dan Hitam.

4. REMOTE ENGINE START

Kini anda mampu menghidupkan enjin tanpa perlu masuk ke dalam kenderaan. Hanya menggunakan alat kawalan jauh (sejauh 40m), enjin kereta bersama penghawa dingin akan dihidupkan. Bagi keselamatan, pintu kereta masih dalam keadaan berkunci walaupun enjin hidup.

5. CIRI TEKNOLOGI TERKINI

Mahu menjadi terbaik antara terbaik, Honda Civic baharu disematkan pelbagai ciri dan teknologi terkini. Antaranya, brek parkir elektronik bersama fungsi pemegang brek auto (auto brake hold) dan kunci auto pergi (walk away auto lock), di mana pintu terkunci automatik apabila pemandu berjalan melebih jarak 2.5 meter dari kereta.

Honda Civic Baharu6. REKAAN LEBIH MENARIK

Jika dibandingkan generasi terdahulu, Honda Civic baharu ini tampak lebih menarik. Baik bahagian hadapan ataupun belakang, sedan ini mampu membuatkan sesiapa saja terliur.

7. PENGHAWA DINGIN BELAKANG

Bagi pasaran Malaysia, Honda Civic baharu dipadankan dengan penghawa dingin belakang yang tiada di  pasaran Thailand.

8. PAPARAN AUDIO MENARIK

Mahu memikat hati anak muda, Honda Civic baharu turut memiliki Paparan Audio Terkini bersaiz 7 inci dengan rekaan menarik. Ia juga menyokong sambungan bagi telefon pintar dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

BACA>>> (GALERI) Honda Civic 2016 – Ditawarkan 2 Pilihan Enjin 1.8L & 1.5L Turbo

BACA>>> Infografik: 9 Generasi Honda Civic, Hampir Separuh Abad Cipta Nama

Honda Civic Baharu9. JAMINAN 5 TAHUN

Honda Civic baharu didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan bersama lima kali kos servis upah percuma.

10. PAKEJ MODULO

Bagi mereka yang mahukan penampilan lebih ranggi, Honda Malaysia turut menawarkan pakej Modulo dengan tambahan RM4,650. Anda akan menerima kit spoiler hadapan, sisi dan belakang.

11. CIRI KESELAMATAN TERBAIK

Antara ciri-ciri keselamatan yang ditampilkan dalam Honda Civic baharu ialah:

  • 6 beg udara
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Bantuan Daki-Mula (HSA)
  • Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • ISOFIX

Menarik bukan Honda Civic baharu? Bagi mereka yang sedang mencari kereta Raya, Honda Civic baharu mungkin boleh dimasukkan dalam senarai pilihan anda!

FOTO: Shah Bahulu (Adam Photography)

Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu_2016_Pandulajudotcomdotmy (13)
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu_2016_Pandulajudotcomdotmy (11)
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu
Honda Civic Baharu

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda Civic 2016, Honda Civic Baharu, Honda Civic Generasi Ke-10, Honda Malaysia, Segmen C, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev