• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Gaji Masuk Hari Ini, Jangan Kalut Nak Serbu Bank!

Covid-19: Gaji Masuk Hari Ini, Jangan Kalut Nak Serbu Bank!

March 25, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARI ini penjawat awam akan mendapat gaji dan suasana di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dijangka dipenuhi orang ramai yang mahu mengeluarkan duit masing-masing.

Namun, orang ramai diingatkan supaya mematuhi arahan Kerajaan untuk mengehadkan perjalanan dan jarak sosial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk hari kelapan, hari ini.

Lazimnya pada hari gaji, orang ramai akan mencari ATM di bank, pasar raya, premis komersial dan stesen minyak untuk mengeluarkan wang. Kemudian, ramai yang akan terus singgah membeli barangan keperluan harian di kedai dan pasar raya.

BACA >>> Covid-19: BNM Benarkan Tangguh Bayar Pinjaman 6 Bulan Automatik Mula 1 April

zfsabri130320
ORANG RAMAI_1

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam, menasihati orang ramai supaya tidak berpusu-pusu ke bank bagi memastikan jarak sosial dan keselamatan awam terjamin dalam usaha mengekang wabak Covid-19.

Ini kerana hari ini bukan kakitangan awam saja yang menerima gaji, tetapi juga sebilangan pekerja swasta turut menerima kemasukan gaji lebih awal, termasuk yang mendapat bonus daripada majikan.

Selain gaji, Kementerian Wanita dan Keluarga turut memaklumkan ada 500,000 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima wang bantuan hari ini.

Sepanjang pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu, peratusan pematuhan rakyat menunjukkan peningkatan dan mencapai 95 peratus. Diharapkan kadar itu bertambah baik dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang meragut 16 nyawa setakat malam tadi.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Covid-19 Buat Banyak Kilang Automotif Tutup Operasi?

SUMBER: Bernama

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Covid-19, Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Institut Pengajian Tinggi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Wanita dan Keluarga, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, virus covid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev