WARGA Britain mengalami kesukaran mendapatkan bekalan ubat parasetamol (popular dengan nama 'Panadol' di Malaysia) daripada pasar raya dan farmasi berikutan larangan eksport diumumkan India.
India ialah pembekal utama ubat-ubatan am ke Britain, dan baru-baru ini mengumumkan larangan eksport parasetamol dan beberapa ubat lain ke negara asing kerana bimbang berlaku kekurangan bekalan di negara sendiri. Malah, Britain juga sukar mendapat bekalan ubat tahan sakit dari China kerana gergasi ekonomi Asia itu juga terjejas teruk akibat Covid-19.
India menghasilkan parasetamol dengan menggunakan hampir 70 peratus bahan asas dari China. Sejak Covid-19 menular, bahan-bahan asas sukar diperoleh hingga menjejaskan bekalan ubat tersebut.
Beberapa firma perubatan Britain mendakwa berlaku kekurangan bekalan bahan asas untuk menghasilkan ubat tahan sakit popular itu. Ini kerana kebanyakannya bergantung kepada bahan asas yang diimport dari Asia.
BACA >>> Covid-19: Benarkah Roti Putih Gardenia Habis Stok Sebab Kilang Tutup?
Pengeluar ubat tahan sakit untuk farmasi dan pasar raya di Britain, Aspar Pharmaceuticals meminta bayaran kos tambahan kira-kira 20 peratus daripada klien untuk kos ubat aspirin dan parasetamol. Aspar memberitahu MailOnline, pihaknya sukar memenuhi tempahan kerana ada peningkatan kos bahan mentah untuk parasetamol, manakala bekalan pula semakin berkurangan.
Pengarah Eksekutif Healthcare Distribution Alliance, Martin Sawer pula berkata, ada 'banyak bekalan parasetamol' dalam rantaian bekalan, tetapi mengaku berlaku peningkatan permintaan dalam pasaran.
BACA >>> Belanda Haramkan Penunggang Motosikal Pakai Jaket, Helmet Berlampu
Setiausaha Jawatankuasa Farmaseutikal Timur Laut London (NEL LPC), Hemant Patel mendedahkan, pihak farmasi susah mendapatkan bekalan pek kecil parasetamol.
Perniagaan saya sudah jual 200 paket parasetamol sehari dan kurang bekalan kerana ubat itu tidak memerlukan preskripsi (daripada doktor)."
- OLIVIER PICARD, penjual
Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Penjagaan Sosail dan Kesihatan (DOHSC) menafikan berlaku kekurangan bekalan parasetamol di Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS).
UK memang sudah bersiap sedia untuk berdepan apa jua impak penularan Covid-19 dan kami ada bekalan stok ubat kegunaan biasa seperti parasetamol.
"Jabatan kami berhubung rapat dengan pengeluar, pembekal, NHS dan pihak lain untuk memastikan pesakit mendapat akses ubat diperlukan. Larangan eksport di negara lain cuma ada impak kecil di Britain."
SUMBER: MailOnline|TheSun|Metro
Leave a Reply