PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson menggesa pengeluar automotif membantu Kerajaan membendung penularan wabak Covid-19 dalam negara.
Menyahut gesaan tersebut, Vauxhall Motors Limited bersama pengeluar pesawat, Airbus merancang mengeluarkan komponen yang diperlukan untuk pembuatan ventilator bagi membantu Kerajaan merawat pesakit Covid-19 di Britain.
BACA >>> Pengeluar Automotif China, BYD Bina Kilang Topeng Muka Kurang Sebulan
Kerajaan Britain kini sedaya upaya mahu memastikan peralatan perubatan mencukupi untuk menampung kes Covid-19 yang kian meningkat supaya pasukan perubatan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) tidak terbeban seperti dialami Itali.
Selain dua nama besar itu, ada lebih 60 pengeluar dalam industri automotif sudah menyerahkan pelan pembuatan kira-kira 20,000 ventilator yang diperlukan untuk merawat pesakit Covid-19 selepas menyertai perbincangan bersama Johnson, minggu lalu.
Perbincangan tersebut melibatkan banyak pengeluar seperti Rolls-Royce dan Jaguar Land Rover yang diyakini mampu membantu menangani kekurangan bekalan peralatan perubatan negara itu. Vauxhall sendiri komited memberi sumbangan seperti komponen menggunakan mesin cetak 3D.
BACA >>> Covid-19: Rossi Lancar Kutipan Dana untuk Bantu Hospital Itali
Jurucakap Vauxhall dipetik The Guardian berkata;
“Perdana Menteri menjelaskan tindak balas kepada wabak Covid-19 dan usaha untuk mengekang penularan memerlukan gerakan nasional.
“Beliau meminta pengeluar menggalas cabaran ini dengan menawarkan kemahiran dan kemampuan untuk mengeluarkan komponen-komponen yang diperlukan."
Britain ketika ini mempunyai 5,900 ventilator, dan berkemungkinan besar memerlukan tiga kali ganda jumlah tersebut sekiranya berdepan penularan wabak Covid-19 yang kritikal.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Covid-19 Buat Banyak Kilang Automotif Tutup Operasi?
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply