• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Toyota Henti Operasi 5 Kilang di Jepun, Hadkan Eksport

Covid-19: Toyota Henti Operasi 5 Kilang di Jepun, Hadkan Eksport

March 31, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

609
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Motor Corp (Toyota) akan menghentikan sementara operasi di lima kilang pengeluaran kenderaan di Jepun, bermula 3 April ini, termasuk menyusun semula jadual pengeluaran disebabkan permintaan global yang semakin merudum akibat Covid-19.

Lima kilang berkenaan menghasilkan kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Toyota dan beberapa model Lexus.

Toyota turut merancang menyekat eksport kenderaan ke luar Jepun, membabitkan model Prius dan 4Runner. Menurut gergasi automotif itu, tindakan tersebut akan menyebabkan penurunan pengeluaran kira-kira 36,000 unit kenderaan daripada jadual asal.

BACA >>> Covid-19: Empat Kilang Brembo Itali Henti Pengeluaran, Pirelli Hadkan Jumlah Pekerja

Lima kilang yang bakal terjejas ialah Takaoka, Tsutsumi, Tahara dan Kyushu, termasuk kilang Hamura yang dikendalikan rakan sekutu trak, Hino.

1. KILANG TAKAOKA

Takaoka 1
Takaoka
  • Menghasilkan SUV RAV4 dan Corolla sedan dan touring.
  • Dua barisan pengeluaran akan dihentikan bermula 3-7 April 2020.

2. KILANG TSUTSUMI

kilang-tsutsumi-1
kilang-tsutsumi-2
  • Mengeluarkan Prius dan Prius PHV (hibrid plug-in), Corolla hatchback, Camry sedan dan Lexus ES Hybrid.
  • Dua barisan pengeluaran dihentikan sementara bermula 3-7 April 2020.

3. KILANG TAHARA

tahara 1
tahara
  • Barisan pengeluaran untuk 4Runner, Land Cruiser Prado, Lexus GS dan Lexus LC200. Dihentikan bermula 3-10 April.
  • Barisan pengeluaran kedua untuk Lexus LS, NX, IS dan RC. Akan dihentikan 3-14 April 2020.

4. KILANG KYUSHU

Kyushu 1
Kyushu
  • Menghasilkan model Lexus CT, NX dan UX.
  • Dihentikan bermula 3-15 April 2020.

5. KILANG HAMURA HINO

toyota fj
kilang-hamura-hino
  • Kerja-kerja pengeluaran digantung bermula 3-6 April ini.
  • Kilang ini mengeluarkan Land Cruiser Prado dan FJ Cruiser.

Toyota tidak mendedahkan jumlah sekatan eksport atau pasaran negara mana yang akan terjejas dengan keputusan tersebut.

SUMBER: AutoNews|Marcel-Kuruma

Related

609
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, kilang toyota, Toyota, Toyota Henti Pengeluaran Kilang, TOYOTA Motor Corp

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev