• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Pelarian Iraq Derma 3,000 Tisu Tandas, Tuala Tangan kepada Australia

Covid-19: Pelarian Iraq Derma 3,000 Tisu Tandas, Tuala Tangan kepada Australia

March 26, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pelarian mahu memberi sumbangan berbentuk beratus-ratus pek tisu tandas dan tuala tangan kepada Australia sebagai tanda terima kasih.

Dikenali sebagai Sam Dally, dia ialah migran warga Iraq yang diberi peluang Kerajaan Australia untuk memulakan kehidupan baharu di negara itu. Dally menjalankan perniagaan pembersihan komersial, DC Enviroservices di Perth dan menjadi antara pihak yang memiliki akses kepada stok tisu tandas.

BACA >>> Covid-19: PKP Lanjut Sampai 14 April

Di Australia, permintaan terhadap tisu tandas meningkat mendadak akibat pembelian panik disebabkan penularan wabak Covid-19. Enggan menyorok bekalan tisu tandas, Dally sebaliknya memilih menderma kepada golongan memerlukan.

"Negara ini membuka pintunya dan melayan saya seperti manusia pada ketika saya tidur di jalan raya," katanya kepada stesen penyiaran, Channel 9.

Dia mempunyai lebihan bekalan sebanyak 3,000 gegelung tisu tandas dan 500 pek tuala tangan selepas bisnes terjejas akibat wabak Covid-19. Sumbangan dua jenis barangan itu akan dibuat kepada badan amal Food Bank, salah satu organisasi yang turut terjejas dalam krisis ekonomi disebabkan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Food Bank WA, Greg Hebble berkata, bekalan mereka berkurangan 50 peratus daripada normal, manakala kenaikan permintaan bantuan antara 25 hingga 30 peratus.

BACA >>> Covid-19: 'Panadol' UK Habis Stok!

SUMBER: DailyMail| YouTube

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Australia, Auto Terkini, Bantuan Covid-19, DC Enviroservices, Greg Hebble, Migran, Sam Dally, Tisu Tandas, Tuala Tangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my