SEMALAM tular mengenai berita roti putih Gardenia kehabisan stok di pasaran kononnya kilang ditutup gara-gara penularan wabak Covid-19, dan diburukkan pula dengan situasi pembelian panik musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Benarkah?
Tinjauan penulis yang beberapa kali ke pasar raya dan kedai runcit memang rasa macam benar saja berita tersebut, memang tidak kelihatan roti putih Gardenia yang biasanya diletakkan ata rak-rak roti. Pilihan yang ada cuma bungkusan pek hijau, iaitu Gardenia Wholemeal, itupun kalau ke Pasar Raya Tesco di Ampang, Selangor.
BACA >>> Covid-19: KLIA Wajibkan Periksa Suhu Badan Sebelum Berlepas, Mesti Bawah 37.5ºC
Ya, memang benar berita tular tersebut. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menerusi komen balas (semalam) dalam satu status Facebook rasmi tampil menjelaskan situasi berkenaan;
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
"Terima kasih kerana meluangkan masa menulis kepada kami mengenai situasi kehabisan stok produk Gardenia di kedai-kedai. Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksima. Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amatlah dikesali. Sekian."
MASIH BEROPERASI MACAM BIASA
Bagaimanapun, status terkini Gardenia mengesahkan syarikat itu kekal beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP, termasuk penghasilan roti dan pengedaran ke tempat jualan. Syarikat itu juga meminta pelanggan membeli mengikut keperluan biasa dan harian.
Roti adalah antara pilihan sumber makanan orang ramai sepanjang penguatkuasaan PKP yang bertujuan mencegah penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Ramai warga maya meluahkan kesukaran mencari bekalan roti putih Gardenia, sama ada Gardenia Original Classic, Classic Jumbo apatah lagi pek jimat belanja Bonanza White (Big Value).
Faktanya, kekurangan bekalan bukan disebabkan kilang roti Gardenia ditutup gara-gara PKP, atau pekerja tidak bekerja atau ada gangguan rantaian bekalan, tetapi disebabkan permintaan tinggi kerana pengguna membeli melebihi keperluan harian.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Covid-19 Buat Banyak Kilang Automotif Tutup Operasi?
SUMBER: FacebookGardeniaKL
Leave a Reply