SEMUA kenderaan pengangkutan awam hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi, dan 5 petang hingga 10 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Bagaimanapun, perkhidmatan teksi dan syarikat e-hailing masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemandu teksi dan e-hailing perlu memakai topeng muka dan mematuhi penjarakan sosial ketika beroperasi.
Tambah Ismail Sabri, jangka masa itu ditetapkan bagi memudahkan pekerja uberlang-alik dari tempat kerja selain membenarkan orang awam keluar membeli barang keperluan.
“Kami dapat laporan jumlah penumpang berkurangan terutama waktu pejabat. Selain itu, pengangkutan awam juga sukar untuk dilaksanakan langkah penjarakan sosial,” katanya lagi.
Sekali lagi, kami ingin menasihatkan orang ramai supaya kekal berada dalam rumah dan hanya keluar jika perlu. Kepada mereka yang mahu keluar membeli barang keperluan, keluarlah seorang sahaja dan tidak perlulah ajak anak sekali. Kepada ketua keluarga, boleh buat banyak ulang kaji pasal jenis ikan dan sayur 😅.
BACA >>> Dah Balik Kampung, Jangan Gatal Datang KL Sampai 31 Mac!
BACA >>> Covid-19: Tidak Mustahil Kena Berkurung 2 Bulan Lagi Kalau Masih 'Ketegaq'
BACA >>> Covid-19: Engkar Perintah Kawalan Pergerakan, Doktor Joging Kena Siasat
Algirlara lenyak says
does pkp allow it out because of work and use of grabcar to go out?