• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Engkar Perintah Kawalan Pergerakan, Doktor Joging Kena Siasat

Covid-19: Engkar Perintah Kawalan Pergerakan, Doktor Joging Kena Siasat

March 22, 2020 By Azhan O 1 Comment

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS membuka kertas siasatan ke atas seorang individu yang mengaku doktor dan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar beriadah di Pulau Pinang dalam satu video tular baru-baru.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, pada 20 Mac lalu tular satu video yang merakamkan insiden seorang lelaki Cina berselisih faham dengan dua penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di tamah riadah dalam kawasan Timur Laut.

BACA >>> Penunggang Rebah di Shell Batu Caves Sah Positif Arak, Bukan Covid-19

"Video berdurasi 5 minit tersebut telah memaparkan insiden pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan salah seorang penguatkuasa MBPP berpunca daripada keengganan mematuhi arahan supaya tidak melakukan aktiviti riadah berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri bermula 18 Mac hingga 31 Mac," katanya.

Menurutnya, pada 19 Mac 2020, lebih kurang 8 malam, satu laporan polis dibuat MBPP mengenai insiden berkenaan di Balai Polis Timur Laut dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Lelaki itu kini dipanggil untuk disiasat akan dirujuk ke pejabat pendakwaraya pada 23 Mac nanti untuk arahan lanjut.

BACA >>> Covid-19: Jumlah Kemalangan Seluruh Malaysia Menurun Sepanjang Tempoh PKP

SUMBER: RMP TV Channel

Artikel Berkaitan

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ACP Soffian Santong, Auto Terkini, Covid-19, Doktor Joging, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), MBPP, Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020

Comments

  1. Mohan says

    March 24, 2020 at 6:04 PM

    Tak perlu pujuk, terus bagi saman kalau dia tak nak mengikut perintah kerajaan. Tak perlu cerita panjang.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my