• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Ramai Masak Sendiri, Pendapatan Rider Penghantar Makanan Merosot

Covid-19: Ramai Masak Sendiri, Pendapatan Rider Penghantar Makanan Merosot

March 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

454
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu banyak menjejaskan kehidupan ramai warga Malaysia, dan tidak terkecuali penunggang penghantar makanan di Shah Alam, Selangor yang mendakwa pendapatan harian terjejas.

Ini kerana kebanyakan keluarga memilih memasak sendiri selepas membeli banyak bekalan makanan sebelum PKP dilaksanakan. Tidak kurang juga penghuni yang pulang ke kampung, dan penutupan pejabat serta universiti, sekali gus menyebabkan permintaan perkhidmatan penghantaran makanan merosot.

Tinjauan BHarian mendapati kebanyakan penghantar makanan mengakui pendapatan tidak serancak sebelum ini. Namun masih positif dan yakin bahawa rezeki sentiasa ada.

BACA >>> Ini Mungkin Penunggang GrabFood Paling Laju di Malaysia, Hantar Makanan Naik Ducati

Penghantar makanan, Kamarul Arif, 20, mengakui sejak pelaksanaan PKP,  tempahan diterima berkurangan.

“Memang berbeza, tempahan makin perlahan mungkin sebab pelajar UiTM bercuti sebab sebelum ini saya terima tempahan daripada mereka setiap hari. Begitu juga orang kerja pejabat, mereka banyak tempahan makan dan satu lagi banyak kedai makanan dan restoran tutup, jadi pilihan makanan tidak banyak.

“Dalam tempoh ini, paling banyak saya terima dari hospital iaitu lapan hingga sembilan bungkus nasi tetapi kebanyakan yang tempah sekarang untuk makan seorang, sekarang saya tengah tunggu restoran siapkan satu teh ais, roti susu dan nasi lemak yang ditempah pelanggan,” katanya.

Penghantar makanan sepenuh masa, Muhammad Fikri Nordin, 21, turut mengakui perkara sama.

“Situasi sekarang beri kesan pada kami, tempahan tak banyak macam dulu, UiTM antara lokasi kerap kami keluar masuk sebab ramai pelajar tempah. Saya rasa tempahan kami berkurangan mungkin semua orang sudah beli stok makanan banyak dan masak sendiri, pelajar dan penghuni di sini balik kampung,” katanya.

Tambahnya, sejak PKP bermula kebanyakan mereka hanya menerima kurang 20 tempahan setiap hari, berbanding hari biasa sebelum ini yang boleh mencecah hingga 50 tempahan.

BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Malaysia Tanpa Kapcai Cuma Sembang?

SUMBER: BHarian

Related

454
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Foodpanda, grab, GrabFood, Operasi Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), roda2, Shah Alam, virus covid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my