• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Akaun 2 KWSP Boleh Keluar RM500, Bayaran PTPTN Tangguh 6 Bulan

Covid-19: Akaun 2 KWSP Boleh Keluar RM500, Bayaran PTPTN Tangguh 6 Bulan

March 23, 2020 By Han Othman Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
membenarkan semua pencarum bawah 55 tahun membuat pengeluaran Akaun 2 bermula 1 April nanti bagi meringankan beban kewangan sepanjang menghadapi musim Covid-19 ini.

Inisiatif dinamakan i-Lestari itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media sebentar tadi yang dijangka memberikan manfaat kepada  12 juta pencarum KWSP dengan jumlah pengeluaran bernilai kira-kira RM40 bilion.

Justeru pencarum KWSP di bawah 55 tahun boleh mengeluarkan wang simpanan dalam Akaun 2 pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

BAYARANG PTPTN DILANJUTKAN ENAM BULAN

Pada masa sama, Kerajaan juga bersetuju melanjutkan masa bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  daripada tiga bulan kepada enam bulan.

Perdana Menteri berkata, penangguhan itu berkuatkuasa serta-merta bermula hari ini hingga 30 September yang melibatkan kutipan berjumlah RM750 juta.

“ (Ia) Dijangka memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN,” katanya Muhyiddin dalam sidang media di Putrajaya, tadi yang turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan radio serta media sosial.

Pada Khamis lalu, PTPTN dalam satu kenyataan memaklumkan penangguhan bayaran balik pinjaman berikutan penularan Covid-19 selama tiga bulan hingga 30 Jun 2020.

Menurut Muhyiddin, keputusan melanjutkan masa tiga bulan kepada enam bulan itu diputuskan menerusi mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi dengan mengambil kira situasi terkini yang melanda negara.

“Saya tahu dalam keadaan krisis yang sedang kita lalui ini, ramai kehilangan sumber pendapatan. Oleh sebab itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini memutuskan beberapa inisiatif utama yang saya harap dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung anda semua ketika melalui waktu sukar ini,” katanya.

SUMBER: Bernama

Related

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, EPF, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KWSP, PTPTN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my