HONDA Japan sepatutnya melancarkan CT125 Hunter Cub pada Pameran Motor Osaka 2020, bulan lalu, tetapi tergendala akibat wabak Covid-19. Akhirnya kapcai tersebut rasmi dilancarkan pada 20 Mac lalu.
BACA >>> #TMS2019: Honda CT125 Concept - Kapcai Scrambler yang Bakal Masuk Pengeluaran
CT125 Hunter Cub tampil dengan rekabentuk seperti ditayangkan kepada umum sebelum ini. Model tersebut dikeluarkan Thai Honda Manufacturing Co Ltd di Thailand, sama seperti Monkey dan Super Cub C125. Menurut Honda, CT125 Hunter Cub dibina khas buat penggemar aktiviti luar rumah seperti touring atau berkhemah, berbeza Super Cub 125 yang menumpukan kepada tunggangan urban.
CT125 Hunter Cub tetap memiliki kelainan tersendiri walaupun dikatakan meminjam beberapa komponen dan enjin Super Cub 125. Antara perbezaan itu ialah sistem suspensi dengan travel lebih panjang berbanding Super Cub.
BACA >>> Yoshimura Perkenal Sistem Ekzos Penuh untuk Honda Super Cub
Model ini juga tiada pengadang angin sisi, manakala posisi ekzos lebih tinggi berbanding Super Cub 125. Walaupun frem kedua-dua model adalah sama, tetapi Honda menambah baik beberapa poin untuk menguatkan casis CT125 Hunter Cub.
CT125 Hunter Cub menggunakan sistem brek cakera pada kedua-dua roda dengan roda depan dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal.
Trenkuasa dijana enjin satu silinder, 124cc SOHC penyejukan udara, sama seperti Super Cub dan Monkey 125, berkuasa 8.6hp @ 7,000rpm dan tork 11Nm @ 4,500rpm dengan sistem penghidup penendang kaki atau punat tekan mula (push-start). Output dan tork CT125 Hunter Cub berbeza daripada Super Cub (9.5hp @ 7,500rpm, 10Nm @ 5,000rpm).
Walaupun bergaya retro, kapcai ini dilengkapkan ciri moden seperti sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal belok dan lampu brek. Model ini turut didatangkan dengan rak belakang untuk muatan barangan. Juga boleh dijadikan pelana untuk pembonceng kerana siap disediakan peg kaki belakang.
Kapcai advencer ini menggunakan meter digital bulat dengan paparan negatif, sama seperti Monkey 125. Bagi memastikan tunggangan lebih lancar, Honda menyediakan tangki minyak 5.3 liter, lebih besar daripada kapasiti 3.7 liter pada Super Cub. Harga jualan ialah 440,000 yen (RM17,420).
BACA >>> #BikinMotor: Honda Astrea 800 Jadi Super Cub Jepun, Kenapa Perlu Bayar Lebih?
GALERI
SUMBER: TMCBlog | HondaJepun
Jan says
Alahai comel nya, tapi 17k tu keras sgt lah