• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Pengedar Mula Buka Bilik Pameran Kereta di China

Covid-19: Pengedar Mula Buka Bilik Pameran Kereta di China

March 22, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAMPIR 91 peratus pengedar kereta di China sudah membuka semula perniagaan walaupun penularan wabak Covid-19 masih belum reda sepenuhnya. Bagaimanapun, jumlah pengunjung masih rendah iaitu 53 peratus berbanding hari normal.

Tinjauan terbaharu Pertubuhan Pengedar Automobil China (PPAC) melibatkan 8,393 pusat pengedar mendapati jumlah pengunjung berbeza mengikut jenama kenderaan. Bilik pameran berjenama China mencatatkan jumlah pengunjung paling rendah, iaitu 35 peratus, tetapi masih dianggap normal tahun ini.

Pusat pengedar tempatan berjenama asing pula merekodkan kunjungan 54 peratus mengikut kadar normal. Premis jenama mewah dan import pula merekodkan jumlah pengunjung lebih tinggi, iaitu 57 peratus daripada tahap normal.

BACA >>> Covid-19: Engkar Perintah Kawalan Pergerakan, Doktor Joging Kena Siasat

Jualan kenderaan penumpang menyusut 47 peratus pada 15 hari pertama Mac disebabkan wabak Covid-19, menurut Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA).

Pada minggu pertama Februari lalu, jualan kenderaan merosot 96 peratus, dan jatuh 92 peratus berbanding tempoh sama 2019.

"Beberapa (pentadbir) bandar mula menggalakkan orang ramai kembali kepada kehidupan normal, tetapi keyakinan pengguna untuk membeli kereta dijangka tidak kembali kepada situasi asal hingga hujung Mac," kata kumpulan dalam industri.

Kerajaan Beijing mengambil beberapa pendekatan luar biasa untuk mengekang wabak Covid-19, termasuk melanjutkan cuti Tahun Baharu Cina kepada 9 Februari, mengehadkan perjalanan dan penguatkuasaan lain. Tinjauan PPAC juga mendapati 9.2 peratus pengedar terpaksa menutup perniagaan pada Isnin lalu kerana gagal memperoleh kelulusan Kerajaan Tempatan.

Ini kerana sesebuah premis perniagaan perlu menyediakan alat dan sumber perlindungan mencukupi untuk pelanggan dan kakitangan.

BACA >>> Penunggang Rebah di Shell Batu Caves Sah Positif Arak, Bukan Covid-19

SUMBER: AutoNews

Related

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Automotif China, Bilik Pameran Kereta, Covid-19, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev