• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Honda Tangguh Pelancaran CBR300R di Thailand

Covid-19: Honda Tangguh Pelancaran CBR300R di Thailand

March 20, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELANCARAN model baharu Honda CBR300R terpaksa ditunda ke bulan depan berikutan risiko jangkitan dan pandemik wabak Covid-19 di Thailand.

Menurut laporan portal MotoSaigon, susulan penangguhan Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2020 yang sepatutnya berlangsung bulan ini, acara pelancaran beberapa model lain selain CBR300R. turut ditangguhkan.

Honda dikatakan bakal melancarkan sportbike CBR300R hampir sama dengan CBR250RR pada pertengahan April ini, iaitu jangkaan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya.

BACA >>> Honda CBR300RR Debut Hujung Tahun Ini? Mungkinkah ke Malaysia Jika Lepas Euro4?

CT125
CBR300R
Forza 300

Berdasarkan maklumat portal Indozone pula, Honda Thailand bakal melancarkan tiga model baharu serentak pada 22 April 2020 selepas penganjuran BIMS 2020 dibatalkan. Tiga model itu ialah Forza 300 Edisi Terhad (2020), CBR300R dan CT125 yang pernah debut di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019.

Berdasarkan maklumat awal, rekabentuk keseluruhan CBR300R adalah hampir sama seperti CBR250RR, dan siap dilengkapi beberapa komponen menarik termasuk fork terbalik (USD), dan ciri lampu LED penuh. Model ini mungkin juga didatangkan dengan kluster meter digital LCD penuh untuk paparan maklumat tunggangan operasi, termasuk disediakan tiga mod tunggangan (Comfort, Sport dan Sport+), sistem kunci pintar dan ciri klac antigelincir dan Quick Shifter.

CBR300R dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 286cc penyejukan cecair berkuasa 30.5hp dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI. Trenkuasa sportbike ini juga ditala untuk menepati standard piawaian Euro5 supaya dapat menembus pasaran Eropah.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Honda CBR250RR (2020) Facelift dengan Klac A&S

SUMBER: Indozone | MotoSaigon

Related

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BIMS 2020, Covid-19, Honda, Honda CBR300R, Honda Thailand, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2020, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev