• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Rossi Lancar Kutipan Dana untuk Bantu Hospital Itali

Covid-19: Rossi Lancar Kutipan Dana untuk Bantu Hospital Itali

March 19, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PERINTAH berkurung atau Lockdown yang sedang dihadapi penduduk Itali akibat penularan Covid-19 nyata melumpuhkan ekonomi negara itu. Saban hari, peningkatan jumlah angka korban akibat wabak itu sentiasa meningkat.

Setakat ini, lebih 8,000 maut akibat Covid-18 seluruh dunia, dan daripada jumlah itu, Itali paling terjejas teruk dengan menyumbang lebih 2,500 mangsa korban, angka yang membimbangkan dengan 31,000 kes lagi dikesan.

BACA >>> Covid-19: Nota Itali untuk Dunia, Sikap Tak Peduli Buatkan Negara Lumpuh, Merana

hospital-marche-nord-itali-1
hospital-marche-nord-itali-2

Situasi kritikal itu perhatian banyak pihak, termasuk legenda terkenal MotoGP, Valentino Rossi yang dilaporkan menyumbang bantuan tunai kepada Hospital Marche Nord di Itali. Beliau sebenarnya pernah mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

VR46 Srl, bersama beberapa lagi usahawan dari wilayah Marche menyumbang kepada kutipan dana yang didedikasikan kepada Together For Northern Brands untuk membeli respirator baharu buat Hospital Marche Nord."

"Tabung ini bertujuan membantu memerangi darurat Covid-19. VR46 Srl menyeru setiap orang mematuhi peraturan dan tampil menyumbang kepada kutipan dana bagi membantu mereka yang cuba mengatasi detik sukar ini."

Selain itu, Yayasan SIC56 yang diasaskan untuk memperingati mendiang Marco Simoncelli, melancarkan laman web JustGiving.com untuk mengumpul dana kecemasan Hospital Infemi Di Rimini bagi membantu mangsa Covid-19. Jumlah terkumpul setakat ini mencapai €5,000 (RM24,070).

Pelumba Ducati, Pecco Bagnaia pula mendermakan sejumlah wang kepada Hospital Molinette di Turin (ibu negara Itali). Sementara itu, ramai pelumba MotoGP lain di seluruh dunia tampil menyebarkan mesej #StayAtHome menerusi media sosial masing-masing untuk menyeru orang ramai menjarakkan diri dan menjauhi tempat terbuka buat masa sekarang bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga.

BACA >>> Covid-19: Pengeluar Automotif Malaysia Henti Sementara Operasi

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Hospital Marche Nord, Marco Simoncelli, Pecco Bagnaia, Tabung Amal VR46, Valentino Rossi, Wabak Koronavirus, Yayasan SIC56

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev