• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tarik Balik Perintah Larangan Keluar Negeri

Polis Tarik Balik Perintah Larangan Keluar Negeri

March 17, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

SEJURUS pengumuman Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkaitan perintah larangan keluar dari satu negeri ke satu negeri lain, Balai Polis terus menjadi tumpuan ramai bagi mendapatkan surat pelepasan sehingga mengakibatkan kesesakan.

Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik semula arahan larangan berkenaan selepas mendapati orang ramai berpusu-pusu mengisi surat pelepasan di Balai Polis seluruh negara.

Sehubungan itu, orang ramai boleh melakukan perjalanan antara negeri seperti biasa bermula tengah malam ini dan tiada surat pelepasan diperlukan.

Tambah Abdul Hamid, satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini diputuskan esok. Buat masa ini, tiada sekatan akan dikenakan kepada orang ramai.

Sebelum ini, arahan dikeluarkan bertujuan menyekat penularan wabak Covid-19 ke tempat lain. Selain itu, polis turut menggesa orang ramai tidak ambil kesempatan dengan sengaja keluar bagi mengelakkan risiko terkena jangkitan.

Nasihat kami, adalah lebih baik duduk saja di rumah dan jangan keluar rumah jika tidak perlu. Tangguh juga perjalanan anda dan jaga diri.

BACA >>> Covid-19: Mula Tengah Malam ini, Maklum Polis Jika Nak Keluar Negeri - KPN

BACA >>> Covid-19: Perodua Tutup Kilang dan Pengedar Hingga 31 Mac 2020

BACA >>> Covid-19: Honda Malaysia Henti Operasi Sementara Sampai Hujung Bulan Ini

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Covid-19, surat pelepasan luar negeri, Tan Sri Abdul Hamid Bador

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev