• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Proton Satria GTI Evo III - Model Legenda Sepanjang Zaman

Proton Satria GTI Evo III - Model Legenda Sepanjang Zaman

June 8, 2016 By Abang GYL 6 Comments

18.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Satria GTI PROTON Satria GTI adalah model keluaran khas yang dilancarkan pada 1998. Dengan bernadikan enjin 1.8L, sudah pasti ia menjadi antara model kegilaan ramai anak muda pada waktu itu.

Mengimbas kembali, Proton Satria GTI dipadankan dengan enjin yang diadaptasi dari model Mitsubishi Lancer GSR iaitu 4G93P. Dengan memiliki kuasa sebanyak 138hp, enjin asal itu sudah cukup mencabar mana-mana jentera berprestasi tingggi sedia ada.

Namun masih ada rasa tidak mencukupi terutamanya mereka dahagakan lebih kuasa dari apa yang ada. Untuk ruangan Bikin Kereta kali ini, kami paparkan Proton Satria GTI yang telah dinaiktaraf dengan menggunakan ‘jantung’ baharu 4G63 daripada model Mitsubishi Evolution III.

Proton Satria GTI
Proton Satria GTI

PRESTASI:

Selain menerima ‘jantung’ baharu, ruangan enjin turut menjalani beberapa siri penambahbaikan agar ia memiliki kuasa prestasi lebih tinggi. Antaranya, ia menjalani proses ‘port n polish’ pada bahagian ‘head’ agar prestasinya lebih menyerlah.

Bahagian blok menempatkan piston Wiseco bersaiz 86mm untuk tujahan kuasa lebih padu bersama-sama cam berprestasi tinggi jenis 272 dari Tomei. Konrod berprestasi tinggi dari Eagle pula dilantik khas bagi menggantikan konrod asal milik 4G63 ini.

Begitu juga ‘Cam pulley’ asal digantikan dengan jenama HKS. Beralih ke sistem turbo, ‘Garret’ jenis TO4R dan blow-off Apexi menjadi pilihan bersama-sama wastegate dari Turbosmart. Turut juga ditempatkan adalah ‘Jurnal bearing’ bersama ‘Banana’ dari Turbo S.

BACA>>> Proton Satria GTI – Otai Masih Berbisa

Proton Satria GTIPada bahagian sistem kawalan jentera, ia menggunakan suspensi jenis boleh laras ‘Hi Lo Soft Hard’ dari jenama GAB. Manakala tugas cengkaman diserahkan kepada tayar jenis Toyo T1R dan ‘dikahwinkan’ bersama-sama rim Advan RG bersaiz 17-inci.

Untuk memberhentikan jentera, empunya kereta menggunakan sistem brek jenis 4 pot dari Mitsubishi GTO pada bahagian hadapan. Manakala bahagian belakang masih mengekalkan brek asal milik Satria GTI.

BACA >>> Amaran! Jangan Berani Cabar Proton Satria Ini...

Proton Satria GTILUARAN:

Beralih ke bahagian luaran, ia masih lagi mengekalkan bodykit asal Proton Satria GTI melainkan ‘hood’ hadapan yang menggunakan dari Mitsubishi Evo III. Bahagian ‘lips’ hadapan pula menggunakan dari Proton Satria R3.

BACA>>> Proton Satria Jelmaan EVO III – Ada Berani Mahu Lawan!!!

Proton Satria GTI Evo III
Proton Satria GTI

DALAMAN:

Memasuki bahagian dalaman pula, tempat duduk hadapan yang asal ditukar kepada kerusi dari Mitsubishi Evo IV. Bahagian paparan pemanduan menempatkan beberapa siri meter pemantauan seperti; boost controller Profec, meter RPM, kawalan suhu cecair, pengawalan suhu minyak dan tekanan minyak.

Bagaimana? Ada yang iri hati selepas melihat kehebatan jentera ini? Tak salah anda iri hati kerana bukan mudah mahu mencari model legenda ini. Jika ada pun, harganya masih kekal tinggi.

Walaupun pengeluaran jentera itu dihentikan pada 2005 dan digantikan dengan model Satria Neo, namun sehingga kini ia masih lagi menjadi rebutan para peminat jentera berprestasi tinggi.

Proton Satria GTI

Foto: Shah Bahulu (Adam Photography)      

SPESIFIKASI:

Proton Satria GTi

ENJIN ASAL 4G93P
MODIFIKASI ENJIN 4G63 Evo 3, Piston Wiseco 86mm, Tomei Cam 272, HKS Campulley, Head Port n Polish, King Bearing, Conrod Eagle, Turbo Garrett TO4R Jurnal bearing with TurboS Banana, HKS Intercooler, Turbosmart Wastegate, Apexi Blow Off, TRUST Oil Cooler, Work Fuel Regulator
TRANSMISI Gearbox Evo3
ELEKTRONIK Haltech E6X
SUSPENSI & CASIS GAB Hi Low Soft Hard Adjustable
BREK Mitsubishi GTO 4pot (depan), Standard Gti (belakang)
RODA & TAYAR Advan RG 17’ with Toyo T1R
DALAMAN Kerusi depan Evo 4, papan pemuka CK, Profec Boost Controller, Defi Meter (RPM Meter, Water Temp Meter, Oil Temp, Oil Presure)
LUARAN Bodykit asal GTi, Bonet depan Evo3, Lips R3, Ganador Side Mirror
BENGKEL & TUNER 199 Performance, Liena Racing Tuner
PEMILIK Nim

GALERI

Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI Evo III
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI
Proton Satria GTI

Related

18.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Mitsubishi EVO III, Mitsubishi Evolution III, Modifikasi, Proton, Proton Satria GTI, Tuner

Comments

  1. Nim says

    June 8, 2016 at 10:41 PM

    my car

    Reply
    • Zenrazin says

      June 9, 2016 at 1:00 PM

      Nice one man

      Reply
    • Jai_TurboBee says

      June 10, 2016 at 1:55 AM

      one question, do you ever think to change the colour for the GTi? does it ever come to your mind..? hehehe.... just asking

      Reply
      • ShahBahulu says

        June 10, 2016 at 10:59 AM

        woww...good question..hahahha..deng jai

        Reply
  2. Jai_TurboBee says

    June 10, 2016 at 1:49 AM

    Walawehhhh!!!!

    Thumbs up!

    Reply
  3. Dekwan says

    July 2, 2020 at 12:21 PM

    Assalamualaikum boss Pm code cat satria GTI boss

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev