DUNIA kini dalam keadaan gawat akibat serangan wabak Covid-19 dan ada beberapa negara sudah menutup pintu kepada pelancong. Bukan saja menjejaskan industri pelancongan, kehangatan sukan permotoran pun turut terkena tempiasnya, misalnya Formula Satu (F1) dan MotoGP yang masing-masing terpaksa dibatalkan atau ditunda.
Seperti mana kita tahu, pengendali MotoGP, Dorna kini dalam situasi tertekan dan sedang mencari jalan penyelesaian untuk berlumba tanpa penonton di litar.
BACA >>> Covid-19: Kelas MotoGP Dibatalkan di Qatar, Cuma Ada Moto2 dan Moto3
Malah, mantan Pengurus Ducati dan HRC MotoGP, Livio Suppo mengeluarkan kenyataan mengejutkan mengenai begitu banyak syarat dan terma yang boleh mengancam survival MotoGP seperti pihak tajaan dan gaji pelumba.
Menurut Suppo, jika pelumba tidak berlumba, maka mereka tiada gaji!
Katanya, mungkin tidak seronok jika perlumbaan berlangsung tanpa penonton, tetapi bagi pihak yang terlibat dalam perniagaan dan sukan permotoran itu, ada banyak hal perlu difikirkan.
Terma dan syarat kontrak pelumba dan penaja membabitkan banyak perkara seperti berlaku kecemasan atau bencana alam. Jika perlumbaan dibatalkan, maka penaja tidak perlu ayar biaya tajaan, termasuk pelumba. Ini bermakna pelumba tidak terima bayaran atau gaji.
"Gaji pelumba terbahagi dua komponen. Pertama, prestasi. Kedua, hak imej. Jika pertama tidak perform, maka pembayaran tidak boleh dibuat. Semua bergantung pada klausa perjanjian ataupun pembayaran yang membabitkan pelumba cedera," katanya.
Suppo turut memberikan contoh;
Sekali lagi bergantung kepada perjanjian pasukan. Contohnya, perjanjian juga boleh melibatkan perangai seperti suka minum arak.
Jack Miller pernah berdepan masalah alkohol dan perangai itu merugikan dirinya walaupun sebotol arak. Contoh lain sebagai pengecualian adalah pada 2009 yang mana Casey Stoner tetap dibayar penuh walaupun tidak hadir tiga perlumbaan," katanya.
Nampaknya semua pihak masing-masing tidak gembira apabila berlaku situasi kecemasan yang tidak dapat dielak seperti bencana dan wabak. Penaja mahu melindungi perniagaan, manakala pelumba pula mahu dibayar setimpal dengan kemahiran, risiko dan reputasi yang ada.
BACA >>> Ujian Valencia MotoGP 2020: Yamaha Duduki Tiga Teratas, Vinales Terpantas!
SUMBER: GPOne
Leave a Reply