• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli TNT 135 SE Kini dengan Warna Baharu, Harga Bermula RM8,190

Benelli TNT 135 SE Kini dengan Warna Baharu, Harga Bermula RM8,190

March 12, 2020 By Aryon Leave a Comment

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan warna terbaharu untuk Benelli TNT 135 SE, iaitu Striking Green (hijau) yang hadir dengan dua varian berbeza.

TNT 135 SE menampilkan rekabentuk menarik berserta ciri motosikal besar dengan dimensi tinggi 1,025mm dan panjang 1,750mm menjadikan motosikal ini tidak nampak kecil dan setanding model kapcai lain.

Model ini dipacu enjin 4-lejang 135cc berkuasa 13hp @ 9,000rpm dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang patuh Euro4, manakala tangki minyak berkapasiti 7.2 liter, lebih besar daripada tangki motosikal segmen kapcai.

BACA >>> Benelli TNT 135 LE Tampak Gah & Garang - Harga Pula Lebih Mahal, RM9,988!

benelli-tnt135se-5
benelli-tnt135se-7
benelli-tnt135se-3
benelli-tnt135se-4
benelli-tnt135se-6

Saiz dan rekabentuk aerodinamik memudahkan penunggang menunggang di pelbagai lokasi sama ada dalam bandar atau lebuh raya. Sistem suspensi pula menggunakan fork terbalik (USD) 41mm yang turut digunakan model Benelli lain bersesaran besar.

TNT 135 turut dilengkapkan butang dan panel meter seperti motosikal berkuasa tinggi dengan lampu depan LED yang cukup terang. Sistem brek menggunakan brek cakera 220mm dengan kaliper dwi piston di depan dan cakera 190mm dengan kaliper piston tunggal di belakang.

Ada dua varian ditawarkan , iaitu Standard yang berharga (RM8,190) dan Edisi Khas (RM10,088), tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Model baharu ini akan memasuki pasaran tempatan dalam jangka masa terdekat dan boleh didapati di semua pengedar Benelli seluruh Malaysia.

BACA >>> Benelli TnT135 Motosikal Fun Bike EEV Pertama Diperkenalkan - Harga RM7,990

SPESIFIKASI BENELLI TNT135SE

ENJIN: 4-lejang, 4-injap silinder tunggal 134.7cc SOHC
GERAK & LEJANG 54 x 54.5mm
KUASA: 13hp @ 9000rpm
NISBAH MAMPATAN: 9.6:1
TRANSMISI: Klac basah multiplat, manual 5-kelajuan
SUSPENSI: Fork terbalik (USD) 41mm; travel120mm (depan); Spring koil teleskopik (belakang)
BREK: Cakera 220mm dengan kaliper 2-piston caliper (depan); Cakera 190mm dengan kaliper piston tunggal
RODA: Aloi jejari 12 x 35 inci (depan); Aloi jejari 12 x 35inci (belakang)
TAYAR: 120/70-ZR12 (depan); 130/70-ZR12 belakang
JARAK RODA: 12,15 mm
JARAK KELEGAAN BUMI: 160mm
BERAT: 121kg
KAPASITI TANGKI: 7.2 liter

GALERI
benelli-tnt135se-1
benelli-tnt135se-2
benelli-tnt135se-3
benelli-tnt135se-4
benelli-tnt135se-5
benelli-tnt135se-6
benelli-tnt135se-7
benelli-tnt135se-8
benelli-tnt135se-9
benelli-tnt135se-10
benelli-tnt135se-11
benelli-tnt135se-12

Related

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, Benelli TNT135SE, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev