• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Hyundai Santa Fe Berbaloi Dibeli

#TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Hyundai Santa Fe Berbaloi Dibeli

July 25, 2020 By Han Othman Leave a Comment

11.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Santa Fe serba baharu melakukan debut Malaysia pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang ditawarkan dalam empat varian pada harga bermula RM166,975.

Santa Fe ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz sederhana dalam konfigurasi 7-kerusi yang mana kita sedia maklum tidak banyak ditawarkan pengeluar automotif untuk pasaran tempatan. Jika anda memiliki famili besar, adakah berbaloi membeli SUV ini?

Jom kami ringkaskan spesifikasi Santa Fe generasi keempat ini buat anda.

1. EMPAT VARIAN, DUA PILIHAN ENJIN

Santa Fe versi tempatan ditawarkan dalam dua pilihan enjin dengan spesifikasi seperti berikut:

  • 2.4 MPI Theta II (petrol) - 170hp @ 6,000rpm; 225Nm @ 4,000rpm; Transmisi automatik 6-kelajuan
  • 2.2 CRDi (diesel) - 191hp @ 3,800rpm; 440Nm @ 1,750 - 2,750rpm; Transmisi automatik 8-kelajuan

Setiap pilihan enjin didatangkan dengan dua varian, menjadikan empat varian keseluruhan pada harga seperti berikut:

  • Theta II 2.4 MPI Executive - RM166,975.01
  • Theta II 2.4 MPI Premium - RM186,394.16
  • R 2.2 CRDi Executive - RM188,218.01
  • R 2.2 CRDi Premium - RM207,638.46

* Harga tidak termasuk cukai jalan dan insurans

2. RUANG KABIN MEWAH, LUAS

Semua varian didatangkan dengan standard kemasan kabin Black One-tone (hitam), tetapi pembeli juga ditawarkan kemasan Burgundy Color Package (coklat) dengan tambahan RM2,000 jika berminat.

Unit infotainment dilengkapkan skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Kluster meter pula jenis virtual bersaiz 7 inci dengan paparan multi-info yang mudah dibaca seperti status ciri keselamatan aktif, jarak pemanduan, penggunaan minyak, arahan navigasi, suhu luar dan lain-lain.

Dengan perbezaan harga RM20,000 antara varian Executive dan Premium, anda akan mendapat SUV yang  dilengkapkan ciri mewah seperti:

  • Amaran Penumpang Belakang (ROA), Pemantau Titik Buta (BSD) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Teknologi LED untuk lampu utama adaptif, lampu belakang, dan lampu kabus, rim aloi 19 inci, sensor hujan, but kuasa elektrik.
  • Kerusi boleh laras 8-tetapan (penumpang depan) dan 10-tetapan (pemandu)
  • Papan pemuka kemasan kulit, paparan instrumen LCD TFT Supervision 7 inci, pengecas telefon wayarles, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Varian diesel R 2.2 CRDi memiliki ciri khas yang tiada pada varian petrol seperti sistem pacuan semua roda (AWD) HTRAC Hyundai dengan transmisi automatik 8-kelajuan  yang memberikan 35 peratus hantaran tork kepada roda belakang (50 peratus dalam mod Sport). Selain Sport ada dua lagi mod pemanduan boleh dipilih: Normal dan Smart.

Ya, model diesel lebih berkuasa berbanding petrol, dan semestinya anda perlu bayar lebih.

3. ADA 7 TEMPAT DUDUK - SELESA, 5 KONFIGURASI

Santa Fe mampu memuatkan tujuh penumpang dewasa, termasuk pemandu dengan cukup selesa. Ada kerusi empuk dan kemasan kabin diperhalusi yang bukan saja selesa untuk semua penumpang, tetapi juga sedap mata memandang.

Malah tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata jika tiada penumpang untuk menambah ruang kargo. Ada lima konfigurasi tempat duduk boleh dipilih mengikut kesesuaian pemanduan dan kegunaan.

4. CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Santa Fe dipakejkan dengan ciri keselamatan standard terdiri daripada:

  • 6 beg udara
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM)
  • Kawalan Daki Bukit (HAC)
  • Kawalan Brek Turun Bukit (DBC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem Bantuan Brek (BAS)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Imobiliser

5. WARANTI DAN SERVIS

Santa Fe baharu didatangkan dengan servis percuma 50,000km dengan had sah 3 tahun dan waranti 5 tahun atau 300,000km (mana satu tiba dulu). Ada juga boleh dapat rebat tunai dan akesesori bernilai RM20,000 jika buat pembelian hingga 31 Julai ini.

Tunggu apa lagi?

GALERI

Related

11.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Santa Fe, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev