• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Lancar Skuter Majesty S 155 (2020) di Jepun, Harga RM15.3k

Yamaha Lancar Skuter Majesty S 155 (2020) di Jepun, Harga RM15.3k

March 13, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

811
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA dua produk skuter Yamaha 155cc yang ditawarkan di Malaysia menerusi wakil pengedar Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), iaitu NVX dan NMAX.

Di Indonesia pula, pengguna boleh memilih tiga model skuter 155cc, iaitu NMAX, Aerox (atau NVX di Malaysia) dan Tricity 155 yang beroda riga. Yamaha sebenarnya ada model skuter 155cc lain, seperti Force 155 di Taiwan.

Baru-baru ini, Yamaha Japan memperkenalkan skuter baharu, Majesty S 155 (gambar atas) yang dikatakan kembar kepada SMAX 155 di Taiwan, dengan ciri dan spesifikasi sama, cuma berbeza nama.

BACA >>> Toyota Majesty Lancar di Thailand, MPV Mewah yang Lebih Murah daripada Alphard

Majesty S 155 mempunyai rekabentuk elegan seperti skuter maksi NMAX tetapi berbeza pada bahagian dek lantai rata dan monoshock melintang. Kedua-dua roda dipasangkan brek cakera tunggal. Sama seperti SMAX, Majesty 155 menggunakan set lampu LED pada lampu utama, lampu signal belok dan ada juga lampu siang (DRL).

Instrumen meter terbahagi kepada tiga zon dengan kombinasi paparan skrin digital dan analog. Skuter ini juga dilengkapkan soket pengecas dan tempat isian petrol bawah bar hendal kiri.

Ruang simpanan Majesty S 155 cukup besar untuk simpanan helmet dan barangan peribadi lain. Cuma model ini tidak didatangkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ASB) seperti SMAX Taiwan dan ciri kunci pintar (keyless) NMAX.

Majesty S 155 dipacu 4-injap enjin silinder tunggal 155cc SOHC berkuasa 14.7hp @ 7,500rpm dan tork 14Nm @ 6,000rpm.

Saiz tayar basikal ini ialah 20/70 (depan) dan 130-70 (belakang), rim aloi sama saiz seperti model NMAX, iaitu 13 inci manakala tangki minyak  boleh diisi petrol hingga 7.4 liter. Yamaha Japan menawarkan empat pilihan warna hiitam, putih, perak dan kuning. Harga skuter ini cuma 379,500 yen (RM15,350).

BACA >>> Yamaha RX King SE (2003) Versi NOS Ini Dijual Rp150 juta (RM43K)!

GALERI

yamaha-majesty-2020
yamaha-majesty-2020-1
yamaha-majesty-2020-3
yamaha-majesty-2020-6
yamaha-majesty-2020-68
yamaha-majesty-2020-hutam
yamaha-majesty-2020-putih
yamaha-majesty-2020-silver
majesty-s_feature_004_2017_001
majesty-s
yamaha-majesty-2020-bagasi
yamaha-majesty-2020-speedo
majesty-s_feature_002_2017_001

SUMBER: WarungAsep | Yamaha Japan

Related

811
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: skuter, skuter maxi, Yamaha, Yamaha Majesty S 155 (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev