• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / De Liow Dipilih Jurutera Bendalir Petronas Baharu untuk Saingan F1 Musim 2020

De Liow Dipilih Jurutera Bendalir Petronas Baharu untuk Saingan F1 Musim 2020

March 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRONAS Lubricants International (PLI) mengumumkan De Liow, 26, dari Malaysia sebagai pemenang pencarian global Jurutera Bendalir Trek Petronas (PTFE) 2020.

Sebagai salah seorang staf bahagian trek untuk pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport, yang juga juara berganda Kejuaraan Formula Satu (F1) enam kali berturut-turut, De Liow akan menguruskan hal-hal teknikal dalam trek sepanjang 22 perlumbaan musim ini.

Pencarian Jurutera Bendalir Trek Petronas edisi kedua ini bukan mudah kerana pemohon perlu melalui pusingan kompetitif yang akan menguji kemahiran teknikal, interpersonal, komunikasi dan kerja berpasukan.

Petronas engineer (1)
Petronas engineer (1)

Keputusannya, De Liow berjaya mengagumkan barisan juri, dan seterusnya menjalani sesi temu bual dengan Pengarah Urusan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PLI, Giuseppe D'Arrigo sebelum melepasi proses pemilihan terakhir.

"Tahniah buat De Liow yang berjaya menjadi Jurutera Bendalir Trek PETRONAS terkini kami. Sebagai organisasi, kami sangat bersemangat melabur untuk bakat muda dalam inovatif idea yang mereka bawa kepada organisasi dan pembangunan teknologi bendalir mewah untuk rakan kongsi dan pelanggan kami. Selamat maju jaya dalam pasukan kami, De Liow." kata D'Arrigo.

Tugas PTFE ialah menganalisis prestasi bendalir dalam unit kuasa, menyediakan input masa untuk tahap pencapaian dan prestasi sebenar komponen Mercedes-AMG F1 W11 EQ selain mengendalikan makmal untuk tugasan bendalir dan aktiviti perlumbaan dalam trek seluruh dunia bersama jurutera dan saintis terbaik.

De Liow mengucapkan terima kasih atas peluang cukup berharga itu. Baginya, bekerja dalam F1 memang sudah jadi impian sejak dulu, dan berharap dapat terus belajar dan berkembang bersama pasukan Petronas dan Mercedes-AMG. Beliau akan bertugas bersama pemenang tahun lalu, Stephanie Travers.

Petronas mencipta Petronas Fluid Technology Solutions™ yang termasuk bahan api Petronas Primax, minyak enjin Petronas Syntium dan Petronas Tutela, dengan kerjasama pasukan teknikal Mercedes AMG High Performance Powertrains (HPP).

BACA >>> Petronas Perkenal Minyak Enjin Sprinta dengan Teknologi UltraFlex, Harga Mula RM15

Petronas engineer (1)
Petronas engineer (3)
Petronas engineer (1)
Petronas engineer (1)
Petronas Engineer (3)
Petronas engineer (2)

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, De Liow, Giuseppe D'Arrigo, Jurutera Bendalir Trek PETRONAS (PTFE) 2020, Lewis Hamilton, Mercedes AMG High Prestasi Powertrains (HPP), Mercedes-AMG Petronas Motosport, Petronas, Petronas Fluid Technology Solutions™, PETRONAS Lubricants International (PLI), Stephanie Travers

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev