TREND modifikasi kereta supaya nampak unik dan lain daripada lain memang jadi hobi penyanyi terkenal antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Chris Brown.
Terbaharu, penyanyi R&B dan hip hop itu mengubah suai supercar miliknya, Lamborghini Aventador SV di bengkel modifikasi terkenal Los Angeles, RDBLA. Brown sebenarnya sudah beberapa tahun memiliki kereta tersebut yang sudah siap dimekap dengan pelekat krom keemasan dan dipadankan rim Forgiato.
BACA >>> Covid-19: Lamborghini Tutup Kilang Lebih Seminggu, Sahut Arahan Kuarantin
Namun, minat mengatasi segalanya. Beliau sekali lagi mengubah suai supercar tersebut yang cuma 600 unit dihasilkan supaya tampil lebih menyerlah di jalanan. Melalui perkongsian di laman instagram RDBLA, kerja modifikasi bermula dengan pemasangan kit badan dari kedai alat ganti Jepun, Liberty Walk.
BACA >>> Lamborghini Miura P400 S (1969) dalam Bangsal Dilelong Sampai RM6.6 Juta!
Kit badan terdiri daripada gerbang roda depan dan belakang unik, bampar depan yang diubah suai dengan divide tambahan, skirt sisi dengan ciri kehebatannya tersendiri serta papan dongak (hud) boleh ubah. Ia juga dilengkapi diffuser gentian karbon dan sayap belakang yang tinggi.
Aventador SV ini kemudian dibalut kemasan dua tona, ungu dan biru Baby Blue yang menjadikan separuh bahagian depan berwarna ungu dan separuh bahagian belakang berwarna biru.
Supercar edisi terhad seperti Aventador SV memang jarang diubah suai kerana tidak ramai berani mengusik kemasan dan rekabentuk asal model itu. Namun, jika sudah ada minat dan wang berkepuk macam Brown, siapa pula berani hendak halang? Nak cantik, nak bergaya? Poket kena penuh dulu.
BACA >>> Nissan 370Z Milik Paul Walker dalam Filem Fast Five Dilelong RM428k!
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply