• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Jenis Kasut Biasa Terbaik yang Sesuai untuk Memandu

#TahukahAnda: Jenis Kasut Biasa Terbaik yang Sesuai untuk Memandu

June 8, 2016 By Han Othman Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA kita dan kereta ialah kasut! Itu tidak dapat dipertikaikan lagi. Di pasaran, ada pelbagai jenis dan jenama kasut yang direka untuk tujuan memandu, tetapi siapa pula mahu peduli? Ini kerana kita cuma beli kasut yang kita suka. Inikan pula orang Malaysia yang biasanya memakai satu jenis kasut untuk pelbagai kegunaan.

Namun, tahukah anda ada beberapa jenis kasut yang terbukti bagus ketika memandu walaupun cuma berstatus kasut biasa? Anda mungkin boleh berkira-kira mendapatkan salah satu daripada kasut di bawah ini. 🙂

1. KASUT LARI NIKE

nike-zoom-elite-7
Ringan dan diperbuat daripada material termaju, struktur kejuruteraan tinggi dan tapak kasut melekap. Terdapat banyak teknologi dalam sepasang kasut lari moden Nike.

Nike Air Zoom Elite 7 misalnya dijahit pada bahagian yang tepat bagi memudahkan tugas kaki menukar pedal. Kasut ini juga dilapik seempuknya dan cukup untuk menyerap sebarang tekanan ketika menginjak pedal yang berat. Malah, pengudaraan juga cukup, sekali gus membuatkan kaki anda kekal sejuk walaupun cuma beberapa inci daripada kawasan enjin atau transmisi yang panas.

2. DAINESE VERA CRUZ


Dainese Vera Cruz ialah kasut motosikal untuk tunggangan selesa dan kasual. Tapak kasut keras dan pelapik jari kaki khas membuatkan klac tidak mudah mengoyakkan bahagian atas kasut anda. Dari segi rupa, Vera Cruz ialah kasut memandu tulen. Bertumit keras dan bentuk tirus membuatkan kasut ini cukup efektif mengawal pedal.

3. CONVERSE CHUCK TAYLOR ALL-STAR

Converse-Chuck-Taylor-All-Star
Inilah kasut yang paling boleh diharap dan tidak akan buatkan anda pening kepala membuat pilihan yang tepat. Tapak kasut bola keranjang ini akan melekap pada pedal seperti mana ia melekap pada permukaan gelanggang. Material kanvas yang fleksibel membuatkan kasut ini mudah menguruskan situasi sibuk menukar gear, brek dan minyak.

4. COLE HAAN ORIGINAL GRAND PENNY

cole-haan-original-grand-penny
Ayrton Senna memakai sepasang loafer yang ringkas apabila beliau memandu Honda NSX di Suzuka pada 1992. Video beliau berstokin putih itu begitu legenda! Kemas kini loafer Cole Haan menggabungkan rupa klasik dan saiz ringan berserta sokongan tumit yang selesa. Jika loafer ini cukup bagus buat Senna, pastinya ia cukup bagus buat kita.

5. ADIDAS SAMBA

adidas-samba
Sepasang lagi kasut legenda. Samba ialah kasut kedua Adidas paling laris. Dikeluarkan sejak 1950, apa yang bagus mengenai kasut ini ialah tidak semua rekabentuk Samba nampak sesuai di atas padang bola. Tapak kasut keras dan baik serta kulit tegap memberikan respon baik untuk mengemudi pedal klac dan brek.

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Adidas, Adidas Samba, autotainment, Cole Haan, Converse Chuck Taylor, Dainese, kasut memandu terbaik, Nike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my