• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MGCC, MGBE dan KC Express Jalin Kerjasama Perkenal Bas Elektrik dalam Bandar

MGCC, MGBE dan KC Express Jalin Kerjasama Perkenal Bas Elektrik dalam Bandar

March 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUSAT Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGCC),
 Malaya Green Builder Energy Sdn Bhd (MGBE) dan KC Express Co Ltd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama strategik pelestarian pengangkutan awam Malaysia menerusi pengenalan barisan bas elektrik dalam usaha mewujudkan persekitaran bandar rendah karbon.

MGCC ialah agensi kerajaan yang bernaung bawah Kementerian Alam Sekitar, dan MGBE pula ialah syarikat tempatan, manakala KC Express Co Ltd ialah syarikat berpangkalan di Taiwan dengan teras perniagaan yang menumpukan kepada penyelesaian mobiliti.

BACA >>> Mara Liner Dilantik Wakil Sah Servis dan Jualan Bas Elektrik Go Automobile

mgcc-logo
mgcc-mgbe-bas-elektrik-1

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MGCC, Shamsul Bahar Mohd Nor berkata, kerjasama MGCC dan MGBE menandakan komitmen masing-masing dalam memperhebatkan respons iklim menerusi pelaburan langsung teknologi hijau di Malaysia.

Dalam purata global, bandar di Malaysia menyumbang 70 peratus punca pelepasan gas rumah hijau dan sektor pengangkutan antara penyumbang kepada masalah pencemaran tersebut. Pelestarian pengangkutan awam melalui penggunaan meluas bas elektrik tidak hanya membantu mengurangkan pencemaran, tetapi juga meningkatkan kualiti udara dalam dan luar bandar.

Shamsul berkata, komitmen itu akan disusuli hasrat memiliki 100 bas elektrik di bandar dan universiti seluruh negara dalam masa beberapa tahun akan datang. Ini termasuk meneroka mekanisme pelaksanaan seperti perkembangan pembelian, pajakan dan transit berorientasi.

Ini akan membantu menangani perubahan iklim dan meningkatkan ekonomi hijau tempatan, serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

KC Express yang diwakili MGBE mempunyai lebih 17 tahun pengalaman dalam menyediakan penyelesaian mobiliti di Taiwan dan memainkan peranan penting dalam perkhidmatan pengangkutan awam berkualiti kepada penumpang.

BACA >>> #Bajet2020: Ada 500 Bas Elektrik untuk Pengangkutan Awam!

mgcc-mgbe-bas-elektrik-1
mgcc-mgbe-bas-elektrik-2
mgcc-mgbe-bas-elektrik-3
mgcc-mgbe-bas-elektrik-4
mgcc-mgbe-bas-elektrik-5
mgcc-mgbe-bas-elektrik-6

SUMBER: GreenTechMalaysia

Related

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bas elektrik, bas elektrik di malaysia, KC Express Co.Ltd, Malaya Green Builder Energy Sdn Bhd, Malaya Green Builder Energy Sdn Bhd (MGBE), memorandum persefahaman (MoU), MGBE, MGCC, Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGCC), Shamsul Bahar Mohd Nor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev