• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Maut Kereta Jatuh Sungai, Identiti Tidak Dikenali

Lelaki Maut Kereta Jatuh Sungai, Identiti Tidak Dikenali

March 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN bomba mengambil masa sekurang-kurangnya lima jam untuk menarik keluar sebuah kereta jenis Perodua Kembara bersama seorang mayat lelaki di dalamnya dari Sungai Miri di Jalan Kampung Pulau Melayu, Miri, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam pada jam 8.30 malam.

BACA >>> #TahukahAnda: Tukul Cermin - Alat Kecemasan Berguna yang Pemandu Tidak Peduli

Menurutnya, sebuah kenderaan didapati terjunam ke dalam sungai kira-kira enam meter dari tebing sungai. Pasukan BBP Lopeng turut meminta bantuan Pasukan Penyelaman Di Air (PPDA) bagi menjalankan kerja menyelam ke dasar sungai dan mengeluarkan mangsa terperangkap.

Mayat mangsa yang belum diketahui identiti itu dikeluarkan dari bahagian kerusi pemandu dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlaku insiden ini,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri bagi tujuan pemeriksaan dan bedah siasat. Orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang tidak pulang ke rumah  diminta menghubungi PDRM bagi tujuan pengecaman identiti.

BACA >>> Ingatkan Tidur, Dua Remaja Ditemui Maut Berbaring dalam Kereta

SUMBER: HMetro

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kereta terjunam ke dalam Sungai Miri, Perodua Kembara terjunam ke Sungai Miri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!
    Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev