• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga RON95 Mungkin Turun Hingga RM1.32 Seliter, Bajet Kerajaan Dijangka Terjejas

Harga RON95 Mungkin Turun Hingga RM1.32 Seliter, Bajet Kerajaan Dijangka Terjejas

March 9, 2020 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


HARGA petrol diramalkan jatuh mendadak berikutan perang harga sesama dua pengeluar utama minyak dunia, Arab Saudi dan Rusia dengan harga RON95 dijangka turun hingga RM1.32 seliter, lapor MIDF Research.

Bagaimanapun, kejatuhan harga komoditi itu bakal memberikan lebih banyak impak negatif kepada Malaysia berbanding positif kerana negara adalah pengeksport minyak.

BACA >>> Harga Petrol RON95 Turun 19 sen, RON97 & Diesel Juga Turun Mulai Esok (07/03/20)

Menurut MIDF Research dipetik BHarian, penurunan harga runcit minyak, terutama RON95 memberikan kesan positif kepada pengguna jika purata harga penanda aras minyak mentah Brent AS$35 setong. Situasi itu menyebabkan kadar inflasi kekal rendah dan menyokong penggunaan domestik.

Sebaliknya, aspek negatif penurunan harga minyak adalah tekanan terhadap kapasiti fiskal Malaysia kerana Bajet 2020 dirangka berasaskan anggaran harga minyak AS$62 setong.

"Kerajaan yang baru terbentuk kali ini dilihat berkemungkinan besar akan menyemak semula Belanjawan 2020 dan kita boleh lihat berlaku pengurangan dalam perbelanjaan dan pelaburan kerajaan," kata MIDF Research.

Dalam sektor perlombongan, MIDF Research berpendapat operasi sektor terbabit akan berlangsung perlahan di tengah-tengah permintaan yang lemah dan kejatuhan mendadak harga minyak dunia. Ini secara tidak langsung menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disebabkan kandungan nilai tambahnya yang tinggi.

Pertumbuhan KDNK dijangka berada di bawah tekanan pada 2020.

BACA >>> #SembangDeras: Aduh, Kenapa RON95 Nak Kena Ikut Harga Minyak Dunia Pulak?

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Harga Minyak Dunia, harga petrol turun, MIDF Research

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev