• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Brek Depan: Yamaha Jepun Panggil Balik YZF-R3, R25

Masalah Brek Depan: Yamaha Jepun Panggil Balik YZF-R3, R25

March 8, 2020 By Brader Shawn 3 Comments

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Corporation mengumumkan memanggil balik YZF-R3 dan YZF-R25 disebabkan dua masalah berbeza melibatkan sistem brek model sportbike tersebut. Notis panggil balik itu membabitkan model 2019.

Menurut Yamaha, dua masalah hos brek berisiko menyebabkan kebocoran bendalir brek, sekali gus membuatkan sistem brek depan gagal berfungsi dan penunggang boleh hilang kawalan motosikal.

BACA >>> Yamaha YZF-R3 (2019) Baharu Tampil Radikal dan Menggiurkan

Kes pertama, berdasarkan dokumen notis kerosakan, apabila penunggang memusingkan bar hendal dari kiri ke kanan, hos brek bergesel dengan wayar hon. Geseran berulang kali itu boleh membuatkan hos brek rosak hingga menyebabkan kebocoran bendalir brek dan sistem brek depan gagal berfungsi baik.

BACA >>> Yamaha Japan Perkenal Warna Baharu untuk YZF-R25, R3 (2020)

Kes kedua pula, cangkuk braket boleh menyebabkan pemegang hos brek tertanggal dan bergesel dengan fork.

Jumlah motosikal YZF yang terlibat ialah:

  • YZF-R25 - 768 unit (membabitkan satu atau dua isu)
  • YZF-R3 - 359 unit (hanya membabitkan cangkuk braket)

Pemilik boleh menghubungi Yamaha untuk mengetahui sama ada motosikal mereka terjejas atau tidak. Jika ya, mereka dijemput mengunjungi wakil pengedar untuk proses baik pulih atau menukar ganti pemegang braket.

BACA >>> Kit Badan GG-Rocket Street untuk Yamaha R3 Gaya Retro 60-an

SUMBER: RideApart | Yamaha

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Panggil Balik, Recall, roda2, sportbike, Yamaha, Yamaha Japan, Yamaha Motor Corporation, Yamaha YZF - R3

Comments

  1. mastapa bin abdul kadir says

    March 10, 2020 at 2:14 AM

    saya baru beli r25 v2..baru pakai sehari fork depan sudah bocor...minyak keluar....saya mahu claim untuk kerosakkan...tak dilayan...dari awal bulan 12/2019 hingga serakang masih tidak dilayan...harap dapat la bantu...oilseal fork r25 v2 masih tidak ada lagi di kadai2...harap pihak tuan dapat terima...

    Reply
  2. Farhan says

    March 10, 2020 at 4:10 AM

    Moto ni byk isu. Sedih.

    Reply
  3. Irwana says

    March 10, 2020 at 9:59 PM

    YZF-R3 tu R15 ke

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev