• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Memandu Sambil Minum Kopi Pun Boleh Kena Saman di UK! (Bersyukurlah)

Memandu Sambil Minum Kopi Pun Boleh Kena Saman di UK! (Bersyukurlah)

March 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

368
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU di Britain boleh dikenakan denda hingga £5,000 (RM27,120) jika ditahan sedang minum kopi, air kosong atau makan snek ringan ambil memandu.

Selain denda kompaun, pesalah makan dan minum dalam kenderaan juga berdepan risiko:

  • Ditolak mata demerit lesen, atau
  • Lesen digantung, atau
  • Naik mahkamah

Di Britain, membawa minuman tanpa alkohol dalam kenderaan memang bukan kesalahan, sebaliknya pemandu boleh dihukum jika fokus pemanduan terganggu disebabkan aktiviti makan dan minum. Jadi, polis boleh menahan pemandu atas faktor yang dianggap 'memandu cuai dan tanpa beri perhatian'.

Pemandu yang ditahan kerana memandu cuai itu boleh dikenakan kompaun £100 (RM540) serta-merta dan terus ditolak tiga mata demerit lesen.

BACA >>> Tinjauan: Pemandu UK Suka Makan Sambil Memandu, Kereta Jadi Dapur Bergerak

saman minum kopi
saman minum kopi 2
saman minum kopi 3

Jika terlibat dalam kes serius seperti menyebabkan pengguna jalan raya lain cedera akibat makan atau minum sambil memandu, pesalah boleh disaman tanpa had, iaitu tidak lebih £5,000 (RM27,120), ditolak sembilan mata demerit dan mahkamah boleh menggantung lesen memandu.

Ada satu kes, seorang lelaki Australia baru-baru ini disaman £94 (RM510) kerana minum air sambil memandu ketika cuaca panas yang dikatakan mencecah suhu 39ºC. Seorang lagi pemandu nyaris disaman £256 (RM1,390) dan ditolak tiga mata demerit hanya kerana minum kopi sambil memandu.

Bagaimanapun, polis Britain buat masa ini mendakwa akan ambil pendekatan memberikan amaran berbanding mengeluarkan saman.

BACA >>> Tinjauan: Azam Pemandu UK Mahu Cekap Parkir Undur

neil-greig-iam-roadsmart
iam-roadsmart-logo

Pengarah Dasar dan Kajian di IAM RoadSmart, Neil Greig berkata;

Tabiat makan di sebalik stereng adalah contoh biasa pemandu melakukan banyak perkara pada satu-satu masa (multasking) yang boleh menyebabkan perhatian anda dialihkan daripada pemanduan selamat."

SUMBER: TheSun

Related

368
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Makan dan Minum Sambil Memandu, Makan Sambil Memandu, Minum Sambul Memandu, Neil Greig, Polis UK, Saman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev