HONDA memperkenalkan satu lagi varian skuter isimewa dalam segmen premium sederhana, Forza 300 Edisi Terhad (2020) dengan skema warna baharu, Air Force Grey (kelabu), terdiri daripada campuran warna kelabu cerah dan hitam dengan trim merah pada pelekat rim, lencanan dan sulaman benang pada pelana.
Skuter ini dipacu trenkuasa 2018, iaitu 279cc SOHC berkuasa 23hp @ 7,000rpm dan tork 27.2Nm @ 5,750rpm. Enjin dilengkapi teknologi kawalan traksi, dipanggil Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang membantu tayar belakang mendapat cengkaman dengan memantau halaju kedua-dua roda.
BACA >>> Dayang VOREI (2020) Mahu Lawan Yamaha XMAX, Honda Forza
HSTC akan diaktifkan sekiranya roda belakang tergelincir dengan mengehadkan kuasa tork enjin menerusi suntikan bahan api supaya penunggang dapat mengawal semula skuter mereka.
Ciri HSTC juga boleh dimatikan dan diaktifkan dengan menekan punat pada konsol kawalan di bar hendal. Skuter ini juga memiliki ruang simpanan bawah pelana untuk dua, siap dilengkapi kunci pintar antikecurian. Sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh, manakala visor angin boleh dilaraskan secara elektronik menerusi butang kawalan di hendal kiri.
Pembeli juga boleh menambah opsyen kotak barang 45 liter di belakang skuter yang akan terkunci automatik sekiranya penunggang meninggalkan motosikal mereka. Boleh juga menekan sendiri butang kunci pintar.
BACA >>> Skuter China, Lexmoto Echo Jadi Motosikal Paling Laris di UK
Sebanyak 100 unit Forza 300 Edisi Terhad akan memasuki pasaran Britain bulan ini, tetapi harga belum diumumkan.
Terdahulu, Forza 300 standard ditawarkan dalam pilihan warna Crescent Blue Metallic (biru), Pearl Nightstar Black (hitam), Matt Cynos Grey Metallic (kelabu) dan Matt Pearl Cool White (putih).
Skuter yang debut pada awal 2000 ini masih mengekalkan karakter gabungan elemen sport dan GT dan sudah menerima banyak pembaharuan sejak 2004. Ini termasuk dilengkapkan teknologi kawalan elektronik CVT Honda S MATIC, kunci pintar antikecurian, sistem suntikan bahan api (PGM-FI) dan ruang simpanan dua helmet bawah pelana.
Pada 2005, skuter ini ditambahkan pula ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), pakej audio dan pembesar suara, dan ciri S MATIC dinaik taraf, termasuk teknologi ABS Tergabung (Combine ABS).
BACA >>> #KLIMS2018: Boon Siew Lancar Honda PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade
Leave a Reply