KETIADAAN pelumba harapan, Azlan Shah Kamaruzaman beraksi dalam saingan pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun membuatkan kontinjen Malaysia gagal meraihkan sebarang podium.
Azlan yang cedera pada kaki akibat insiden kemalangan pada perlumbaan 1 terpaksa menarik diri.
Manakala seorang lagi pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi turut gagal meraih kedudukan podium apabila terjatuh pada sesi latihan pemanas enjin pada sebelah pagi.
“Perlumbaan minggu ini sangat sukar. Jentera saya tidak berada pada tahap terbaik selepas terjatuh dan sukar untuk memberikan cabaran kepada pelumba di hadapan.
" Meskipun agak kecewa dengan aksi di Suzuka, namun saya gembira kerana masih mampu mengutip mata berharga di sini,” jelas Zaqhwan yang kini menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan 95 mata.
Berikut adalah senarai keputusan penuh kejuaraan ARRC pusingan ke-3:
SuperSports 600cc
1. Yuki Takahashi (JPN) Honda 33’24.813s
2. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 33’25.594s
3. Yuki Ito (JPN) Yamaha 33’27.430s
4. Ahmad Yudhistira (INA) 33’29.249s
5. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 33’29.593s
Kedudukan keseluruhan:
1. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 105 mata
2. Yuki Takahashi (JPN) Honda 104 mata
3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 95 mata
4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 89 mata
5. Dimas Ekky Pratama (INA) Honda 63 mata
Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 20’07.079s
2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 20’07.495s
3. Ayumu Tanaka (JPN) Kawasaki 20’07.692s
4. Imanuel Putra Pratna (INA) 20’20.929s
5. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 20’21.135s
Kedudukan keseluruhan
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 136 mata
2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 90 mata
3. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 85 mata
4. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 276 mata
5. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 61 mata
Leave a Reply