• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Moto2: Hafizh Tamat Saingan Pramusim 15 Terpantas, Kurang Sesaat Masa Terbaik

Moto2: Hafizh Tamat Saingan Pramusim 15 Terpantas, Kurang Sesaat Masa Terbaik

March 5, 2020 By Aryon Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAFIZH Syahrin
yang kini kembali ke kelas Moto2 sebagai pelumba Aspar Team menamatkan tiga hari sesi ujian pramusim MotoGP 2020 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar di kedudukan ke-15 dengan catatan masa 1:59.377 saat.

Perbezaan masa Hafizh dengan pelumba pertama, Jorge Navaro (1:58.520 saat) ialah 0.857 saat, manakala rakan pasukannya, Aron Canet menduduki tempat ke-7 dengan catatan masa 1:59.060. saat.

Catatan masa Hafizh pada hari ketiga ujian kurang memberangsangkan, cuma menamatkan saingan di tempat ke-16. Bagaimanapun, pelumba negara itu cuma melengkapkan enam daripada sembilan sesi ujian penuh.

BACA >>> Hafizh Syahrin Akhirnya Dapat Tajaan, UMW Grantt Tampung 60 Peratus Kos Lumba

hafizh-syahrin-moto2-aspar-team-2020-1
hafizh-syahrin-moto2-aspar-team-2020-2

Secara keseluruhan, aku gembira sebab dah lama tak bawa motor ni dan kurang pengalaman, tapi aku masih dapat kekalkan masa kurang sesaat daripada masa terbaik.

"Kami fokus pada perlumbaan hujung minggu ni. Aku mahu bersaing dan apa aku boleh cakap, aku ada kelajuan yang baik. Kami pasti boleh perbaiki untuk dapatkan lebih kelajuan ketika membelok. Aku makin serasi dengan motor, cuma tambah baik sikit demi sikit."

- HAFIZH SYAHRIN, Aspar Team 

Aksi kelas Moto2 dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 akan bermula hujung minggu ini di Qatar. Bagaimanapun kelas premier MotoGP terpaksa dibatalkan berikutan sekatan perjalanan dikuatkuasakan Kerajaan Itali akibat wabak Covid-19.

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aron Canet, Aspar Team, Auto Terkini, Hafizh Syahrin, Litar Antarabangsa Losail, Moto2, Moto2 2020, MotoGP 2020, Qatar, sukan permotoran, Ujian Pramusim 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev