• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 5 Tip Asas Pemanduan Selamat (Bukan untuk Balik Raya Saja)

5 Tip Asas Pemanduan Selamat (Bukan untuk Balik Raya Saja)

June 6, 2016 By admin.pandulaju 1 Comment

501
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBENARNYA pemanduan selamat merangkumi pelbagai aspek. Selain kenderaan dipandu sebagai fokus utama, terdapat aspek lain yang kadangkala dianggap remeh, tetapi sebenarnya besar impak dalam memastikan perjalanan selamat sampai ke destinasi.

Tip ini nampak mudah, tetapi memang cukup berguna. Kebetulan pula Ramadan akan berakhir dan kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang akan memandu jauh bukan? Tapi janganlah ikut tip di bawah ini untuk musim perayaan sahaja. Amalkannya pada bila-bila masa. Tabiat mengambil berat tentang kenderaan dan sentiasa peka dalam pemanduan mampu mengelakkan kemalangan. Barulah pandu cermat, jiwa selamat.

1. REHAT SECUKUPNYA

tidur-nyenyak

Rasa mengantuk selepas makan, terutama hidangan berat adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi selepas berbuka puasa. Perut kenyang, mata pun makin berat. Apa yang penting, badan harus dapat rehat mencukupi.

Jika tidak mampu memandu sebab mengantuk atau keletihan, jangan paksa diri. Bahaya! Rancang perjalanan dengan teratur. Sebaiknya  mulakan perjalanan apabila tubuh segar dan bersedia memandu.

2. BERGILIR MEMANDU

memandu-berdua
Jika perlu melakukan perjalanan jauh, seeloknya ada pemandu kedua atau istilah lain, co-driver  yang akan dapat menggantikan tempat anda memandu. Sekurang-kurangnya anda dapat berehat atau tidur sejenak.

Tetapi kalau terpaksa memandu sendirian, pasangkan muzik dan buka sedikit tingkap untuk membolehkan udara masuk ke dalam kereta.

3. DAPATKAN MAKLUMAT PERJALANAN

gps-gajet
Gunakan kemudahan teknologi sebaiknya. Dapatkan maklumat terkini tentang keadaan lalu lintas semasa daripada radio atau peranti aplikasi mudah alih.

Sekarang sudah banyak syarikat konsesi lebuh raya menyediakan maklumat terkini lalu lintas melalui laman web, Twitter dan aplikasi tertentu. Aplikasi seperti Waze juga dapat memberikan maklumat secara langsung mengenai lalu lintas.

4. PERIKSA TAYAR

tips 2
Pastikan tayar kenderaan berada dalam keadaan baik. Jangan dilupakan tayar ganti. Pastikan juga dalam keadaan terbaik untuk digunakan sekiranya kecemasan.

Tip terbaik, isi angin pada malam dan periksa suhu apabila tayar mula sejuk. Jika perlu mengisi angin atau tekanan tayar ketika tayar masih panas, sila pastikan anda menambah sekurang-kurangnya 5 psi bagi setiap cadangan mengenai tekanan tayar yang diberikan.

5. SENGGARA KENDERAAN

servis-kereta
Subjek paling penting, kenderaan. Sila periksa minyak brek, klac (untuk kereta manual), penyaman udara, radiator dan pengelap cermin berada dalam keadaan terbaik. Kalau tidak mahir, boleh minta bantuan mekanik di bengkel untuk melakukan pemeriksaan penyeluruh ke atas kenderaan anda. Jangan tunggu saat akhir menghantar kenderaan diselenggara bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kemungkinan kenderaan anda tidak dapat diservis dalam tempoh sepatutnya. Ada pula yang tidak balik raya nanti. :p

Keselamatan haruslah diutamakan ketika pemanduan, tambahan lagi jika perjalanan jauh. Semoga tip diberikan ini dapat membantu anda balik kampung dengan selamat.

Related

501
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: 5 Langkah Mudah Jamin Pemanduan Selamat, autotainment, tip automobil, tip pandu selamat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev