SEORANG daripada dua remaja terbabas dan mengalami kecederaan ketika cuba melarikan diri daripada polis sebelum masing-masing ditahan polis dalam operasi Ops Samseng Jalanan di Jalan Kota Belud - Kudat sekitar jam 2.30 pagi, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, sekumpulan penunggang motosikal dikesan sedang berlumba di jalan raya dan sebaik saja sedar kehadiran polis, semua suspek berpecah dan melarikan diri dengan memecut laju tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.
BACA >>> #Videotomotif: Baru 16 Tahun Sudah Jadi Joki Drag Pro, dan Masih Merempit Jalanan
“Polis menahan dua suspek dengan motosikal masing-masing di Kampung Sembirai apabila salah seorang terbabas dan mengalami cedera ringan siku kanan dan pergelangan kaki kanan,” kata Zaidi dipetik HMetro.
Polis turut merampas motosikal jenis Yamaha 125ZR dan Honda EX5 milik dua remaja itu yang juga tiada lesen memandu sah. Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dan ditahan reman empat hari.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.
BACA >>> Padah Maki Polis, Suspek Bakal Kena Denda RM500 atau Penjara 6 Bulan
SUMBER: HMetro
Leave a Reply