• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM 390 Adventure (2020) Lancar di Filipina Mei Ini

KTM 390 Adventure (2020) Lancar di Filipina Mei Ini

March 3, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM akan melancarkan 390 Adventure ke pasaran Filipina seawal-awalnya Mei ini pada harga dianggarkan 309,000 peso (RM25,630).

Dalam temu bual portal MotoPinas dengan Adventure Cycle Philippines Inc, juga dikenali sebagai KTM Filipina, model advencer itu dijadualkan dilancarkan sekitar suku kedua tahun ini.

Maklumat pelancaran dan harga itu dikongsikan KTM Filipina pada majlis Konvensyen Pengedar KTM yang mana pengedar turut membuka pratempahan daripada pelanggan.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Enjin KTM 390 Duke untuk Suzuki Raider 150 Fi

Motosikal jenama Austria itu dikatakan bakal dilengkapkan pelbagai teknologi terkini seperti ABS Belok, mod off-road, lampu LED penuh, Quick Shifter dan pakej suspensi KTM yang diilhamkan daripada model Enduro.

Walaupun kapasiti tangki minyak tidak disebutkan secara rasmi, isian penuh petrol dikatakan mampu menggerakkan model ini sejauh sejauh 400km.

Sama seperti 390 Duke terbaharu, model 390 Adventure juga dilengkapi konektiviti Bluetooth untuk akses telefon pintar. Ciri ini membolehkan panel meter motosikal memaparkan mesej atau panggilan masuk ketika menunggang. Trenkuasa jentera silinder tunggal 373cc dengan berat 172kg ini mampu menjana kuasa hampir 43hp dengan tork setinggi 37Nm.

BACA >>> #TunggangUji: Reviu KTM 250 Duke dan 390 Duke (2017), dari USJ ke Bukit Tinggi

 

ktm 390 adventure 2
ktm 390 adventure 1

Pengurus Operasi Peruncitan ACPI, Manu Sandejas menyatakan model advencer ini akan dipasang di Filipina (CKD) berbanding diimport untuk memastikan harganya lebih kompetitif.

KTM sebelum ini menjalankan program CKD beberapa model motosikal berkapasiti sederhana seperti 390 Duke, 200 Duke dam RC sejak 2017 yang dikeluarkan dari kilang di wilayah Laguna, Filipina.

BACA >>> #EICMA2019: KTM 390 Adventure (2020) Debut di Milan, Ada Harapan ke Malaysia?

GALERI
ktm 390 adventure
ktm 390 adventure 4
ktm 390 adventure 3
ktm 390 adventure 2
ktm 390 adventure 1

SUMBER: MotoPinas | RideApart

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, KTM, KTM 390 Adventure (2020), KTM Filipina, Manu Sandejas, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev