• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Citroën AMI 100% ËLECTRIC - Kuadrisikal EV Comel dengan Skim Pemilikan Fleksibel

Citroën AMI 100% ËLECTRIC - Kuadrisikal EV Comel dengan Skim Pemilikan Fleksibel

March 11, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM tempoh lebih seabad, Citroën adalah segelintir pengeluar automotif yang mempunyai idea berani dan kreatif dalam menawarkan kereta kepada pengguna.

Ada saja idea dan pendekatan menarik yang ditawarkan, misalnya jenama DS yang diasingkan daripada Citroën dengan pelbagai model mewah menarik. Memasuki tahun ke-101, pengeluar Perancis itu mendedahkan projek terbaharunya, iaitu kenderaan elektrik (EV) dinamakan AMI 100% ËLECTRIC.

BACA >>> #PanduUji: Citroen Grand C4 Space Tourer yang Lawa, Sedap Dipandu dan Harga Menarik!

MOBILITI ALTERNATIF

AMI 100% ËLECTRIC adalah jawapan Citroën untuk pengangkutan jarak dekat, yang juga alternatif kepada skuter, basikal, moped dan pengangkutan awam. Ini ialah model kereta mikro empat roda, juga dipanggil kuadrisikal (quadricycle) yang dikuasakan bateri dengan kelajuan maksimum 45kmj.

Kereta mikro seberat 485kg itu menggunakan bateri litium-ion 5.5kWh yang disimpan di bawah lantai, dan mudah dicas menggunakan kabel elektrik sebelah pintu penumpang. Masa menunggu tiga jam sudah cukup untuk mengecas penuh menggunakan soket 220V konvensional.

Sekali cas penuh, kuadrisikal EV ini mampu dipandu sejauh 70km. Dari segi saiz, model ini benar-benar kompak dengan ukuran panjang 2,410mm, lebar 1,390mm dan tinggi 1,520mm, manakala saiz rim 14 inci.

BACA >>> Citroën Perkenal Cermin Mata Anti-Mabuk Kenderaan, Harga €99 (RM466) Sahaja

KOMPAK, PEMILIKAN FLEKSIBEL

Saiz kompak bukan masalah buat AMI 100% ËLECTRIC kerana kereta ini direka untuk membawa dua penumpang sahaja dengan ciri serba ringkas. Menariknya, apa yang membuatkan ruang kabin kereta rasa lapang adalah kesan bumbung panoramik besar, termasuk cermin depan, tepi dan belakang.

Jika mahu memiliki atau memandu, ada tiga cara utama ditawarkan, iaitu sewa jangka panjang, perkongsian kereta untuk perkhidmatan e-hailing atau pembelian tunai pada harga €6,000 (RM28,080). Proses pesanan juga dimudahkan dengan beberapa langkah atau klik seperti pembentangan produk, konfigurasi, permohonan untuk pandu uji, pesanan, bayaran dan akhir sekali kereta dihantar ke rumah atau lokasi ambil.

AMI 100% ËLECTRIC bukan setakat projek konsep yang akan menemui pasaran dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Citroën bersedia membuka pesanan pada 30 Mac ini di Perancis sebelum menyusul di Sepanyol, Itali, Belgium, Portugal dan Jerman. Penghantaran pertama pula dijadualkan Jun nanti untuk pelanggan di Perancis.

BACA >>> Citroën C4 Cactus - Rekaan yang Seunik Nama!

GALERI

SUMBER: Citroen.fr

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ami, Ami - 100% ëlectric, Citroen, Citroen Ami, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my