CFMOTO mendedahkan spesifikasi penuh sportbike fairing 300SR yang menampilkan rekabentuk sporty dan dilengkapkan ciri premium. Prototaip model ini pernah debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.
Dari segi rekabentuk, 300SR tampil dengan lampu utama twin-pod LED penuh yang diapit lampu siang (DRL) LED. Signal belok dan lampu belakang juga menggunakan unit LED. Sebagai makluman, rekaan 300SR mendapat sentuhan firma rekabentuk Eropah, Kiska yang juga bertanggungjawab menghasilkan gaya rekabentuk KTM.
BACA >>> #EICMA2019: CFMoto 300 SR dan 300NK, Sportbike Alternatif Sentuhan Firma Eropah!
Karakter sporty diserlahkan menerusi rekaan fairing penuh, bar hendal clip-on, tangki minyak maskular, pelana terpisah dan seksyen ekor tinggi.
Kluster instrumen menggunakan paparan TFT warna penuh dengan dua rekaan, Sport dan Rain. Setakat ini, cuma ada satu pilihan warna ditawarkan, Nebula Black (hitam).
Trenkuasa dipacu enjin jenis silinder tunggal 292.4cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 28.7hp @ 8,750rpm dan 25.3Nm @ 7,250rpm dengan teknolofgi suntikan bahan api elektronik (EFI), manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan dan patuh Euro4. Sportbike turut dibekalkan ciri klac anti-gelincir (A&S) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Kapasiti tangki mampu mengisi 12 liter petrol dengan berat kerb 165kg dan tinggi pelana 780mm. Sistem suspensi disokong fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang) dengan brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda.
Tiaa tanda harga didedahkan.
BACA >>> CFMoto Siar Video Acah 250SR dengan Ekzos Akrapovic, Kaliper Brembo dan Fork USD!
GALERI
SUMBER: CFMoto
Leave a Reply