MALAYSIA tidak perlu menunggu lama untuk membawa masuk dua model yang pertama debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019. Tahun lalu kami berkesempatan melihat lebih dekat model tersebut di Itali dan kini dua model middleweight baharu BMW Motorrad, F900XR (sport-tourer) dan F900R (naked) sudah tiba di bilik pameran tempatan.
Asalnya, rekabentuk kedua-dua model itu pernah didedahkan pada model konsep, BMW Concept 9Cento, 2018 dan direalisasikan BMW Motorrad dalam bentuk jentera pengeluaran tahun lalu. Kehadiran dua model itu tentunya mengukuhkan portfolio motosikal middleweight BMW Motorrad Malaysia.
BACA >>> #EICMA2019: Middleweight Ekor Kontot, BMW F900XR dan F900R (2020) Debut
1. F900XR dan F900R berkongsi enjin sama 895cc berkuasa 105hp @ 8,750rpm, dan tork 92Nm @ 6,500 rpm dengan kotak gear 6-kelajuan. Enjin itu, yang dipertingkat daripada 853cc kepada 895cc, menyumbang kepada penambahan nisbah mampatan daripada 12.7:1 kepada 13.1:1. Aci engkol memiliki ofset 90º yang ditala 270° dan 450° untuk menghasilkan bunyi sama seperti enjin 90º V-Twin.
2. Berikut harga jualan dua model tersebut (tanpa insurans):
- F900R - RM62,500
- F900XR - RM69,500
Menerusi pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, pembayaran bayaran F900R bermula RM770 dan BMW F900XR (RM850). Angka dinyatakan itu berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh 4 tahun.
BACA >>> Kawasaki Z900 (2020) Kini dengan Lima Warna Baharu
3. F900XR menawarkan tunggangan lebih tegak dan panel badan yang disesuaikan untuk perjalanan jauh termasuk penghadang angin depan boleh laras. Sementara itu, panel badan F900R lebih minimum dan bahagian belakang yang lebih ramping. Kedua-duanya menggunakan tangki bahan api plastik dengan kapasiti 13 liter (F900) dan 15.5 liter (F900XR).
4. Lampu depan mengguna teknologi LED sebagai standard yang mengoptimumkan pencahayaan lampu rendah dan tinggi. Bagi keselamatan tunggangan malam, lampu belok adaptif memberikan pencahayaan tambahan di selekoh dan turut ada opsyen Headlight Pro.
BACA >>> Sport Touring Yamaha Tracer 900 GT Lancar, Harga RM58,888
5. Keselesaan tunggangan dibantu fork teleskopik terbalik (USD) di depan dan dwi swingarm dengan monoshock (belakang). F900R memiliki travel 135mm, manakala F900XR lebih panjang, 170mm. Saiz travel belakang pula 142mm (F900R) dan 172mm (F900XR).
6. Tawaran BMW Motorrad Connectivity diberikan standard untuk dua model itu yang dipadankan dengan kluster instrumen multifungsi dan skrin TFT 6.5 inci berwarna penuh. BMW Motorrad Multi-Controller pada hendal kiri memudahkan akses kepada capaian maklumat seperti telefon, muzik atau navigasi.
7. Penunggang boleh memilih mod tunggangan Rain dan Road. Opsyen Riding Modes Pro menawarkan mod tunggangan tambahan seperti Dynamic dan Dynamic Pro berserta Kawalan Tork Dinamik (DTC), ABS Pro, Kawalan Brek Dinamik (DBC) dan kawalan tork drag enjin (MSR).
BACA >>> Triumph Tiger 900 (2020) Serba Baharu Akan Muncul dalam Filem Baharu James Bond
Leave a Reply