JIKA ditanya model kereta yang ada empat pengecas turbo, mungkin ramai dapat meneka, sama ada Bugatti Chiron atau BMW 550d.
Berbeza pula kisah di Thailand. Ada Isuzu D-Max yang dipasangkan pengecas turbo melebihi jumlah silinder enjin. Trak pikap hijau hitam itu ditemukan YouTuber, Chad Burdette ketika berkunjung ke Bangkok, Thailand yang mana dia sempat merakamkan video secara dekat, termasuk berpeluang menaiki D-Max tersebut.
D-Max itu ialah model generasi ketiga yang menggunakan enjin 4-silinder 4JJ1-TCX 3.0L Turbo Diesel dengan kotak gear manual 6-kelajuan. Dalam spesifikasi standard, model menghasilkan kuasa 187hp dan tork 447Nm.
BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal
Pemilik trak pikap itu melakukan ubah suai dengan memasang lima unit pengecas turbo GReddy, iaitu empat unit terjojol atas enjin dan satu unit lagi disimpan dalam enjin. Keempat-empat unit turbo tambahan itu disambungkan kepada paip titanium kustom. Hasil kerja kimpalan sambungan paip layak dipuji kerana memang cukup kemas.
Atas katil trak ada tiga tong besar hijau hitam dan semua diisi gas nitros-oksida, atau popular dipanggil NOS. Pemilik juga menukar rim standard kepada Volk Racing tembaga dan kerusi sport, manakala stereng dikustomkan.
Malangnya, tiada maklumat didedahkan mengenai output sebenar kuasa enjin D-Max itu. Mungkin boleh terbang... 😅
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?
Leave a Reply