• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / OK Tak Ubah Suai Tayar Motosikal Guna Tayar Kereta?

OK Tak Ubah Suai Tayar Motosikal Guna Tayar Kereta?

February 28, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA modifikasi memang tiada batasan. Terpulanglah kepada cita rasa pemilik apa yang dimahukannya. Jadi, pelbagai eksperimen boleh dibuat untuk mencapai kepuasaan.

Namun, modifikasi yang satu ini cukup luar biasa dan ekstrem. Seorang Youtuber bernama Mike Hunter menggunakan tayar kereta pada cruiser miliknya, Honda Valkyrie (1999).

BACA >>> #ApaNakBuat: Perlukah Tayar Motosikal Diimbangkan?

Paparan video di atas mengambil sudut dari bawah motor. Walaupun tiada sebarang insiden buruk berlaku, tetapi idea menggunakan tayar kereta sebagai tayar motosikal sebenarnya tidak sesuai dan bahaya!

Nasihat kami, jangan sesekali meniru modifikasi seperti ini, cuma sekadar perkongsian. Ini kerana tayar kereta tidak direka untuk mengambil selekoh secara miring. Malah, bentuk 'petak' tayar kereta tidak mampu menawarkan daya traksi yang optimum ketika membelok.

Inilah sebab kenapa tayar motosikal direka dengan permukaan melengkung atau membulat dan tidak rata seperti kereta. Pengguna juga kerap berbalah tentang saiz lebar tayar dan rim. Caranya mudah, hanya tambah atau tolak dua saiz daripada standard.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

Contohnya, jika saiz rim standard 2.75 inci dan lebar tayar standard 3 inci, maka maksimum saiz tayar ialah 3.25 inci, atau 100/90.  Bagi rim 3.25 inci pula, ukuran maksimum saiz tayar ialah 4 inci atau 120/70. Jadi, sekiranya mahu menukar tayar di luar ukuran tersebut (termasuk menukar rim dengan ukuran bukan standard), ia akan memberikan kesan buruk.

Related

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, balancing tayar, Honda, Honda Valkyrie, Jenis tayar, roda2, Videotomoif, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev