• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ISU BEG UDARA TAKATA: 35,115 Unit Mitsubishi Triton Dipanggil Semula

ISU BEG UDARA TAKATA: 35,115 Unit Mitsubishi Triton Dipanggil Semula

June 3, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Beg Udara TakataLAGI cerita beg udara Takata! Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memanggil semula 35,115 unit Mitsubishi Triton yang dikilangkan dari 2006 hingga 2014.

Berikut adalah model trak pikap yang terlibat;

  • Mitsubishi Triton 3.2L
  • Mitsubishi Triton 2.5L Auto & Manual
  • Mitsubishi Triton VGT 2.5L

Inisiatif yang diambil MMM adalah bagi menggantikan alat pengembung beg udara pada bahagian pemandu. Sekiranya beg udara pecah, ia mungkin boleh menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, MMM turut melancarkan kempen baik pulih butang lampu yang didapati rosak. Kerosakan itu akan menjejaskan kesemua operasi lampu termasuklah lampu utama dan kecil, lampu kabus hadapan dan belakang serta lampu belakang.

Beg Udara TakataUntuk itu, MMM akan menghantar notis kepada semua pemilik terlibat untuk membuat temu janji di pusat servis bertauliah seluruh negara bagi proses penggantian. Segala kos baik pulih akan ditanggung sepenuhnya oleh MMM.

Bagi pemilik yang mahu menyemak sama ada terlibat atau tidak, layari www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9am - 5pm sahaja).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Beg udara takata, Mitsubishi Motors Malaysia, Mitsubishi Triton, MMM, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my