DI PINTU masuk Istana Negara sudah semacam pesta perarakan apabila ada Ahli Parlimen daripada blok Kerajaan memilih menggunakan bas dua tingkat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Naik bas persiaran untuk melancong itu biasa, tetapi bertukar jadi berita sensasi apabila 'pelancong' di atas bas dua tingkat Hop On Hop Off tanpa bumbung itu ialah rombongan Ahli Parlimen PKR.
Antara Ahli Parlimen yang dikenal pasti menaiki bas persiaran dua tingkat itu untuk pergi menghadap YDPA ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR), Fahmi Fadzil (MP Pantai Dalam) dan Shamsul Iskandar Md Akin (Hang Tuah Jaya).
PKR MPs arriving on a bus at Istana Negara, followed by a convoy of around 10 vehicles. MPs seen include Fahmi Fadzil, Wong Chen, Nurul Izzah Anwar & Abdullah Sani pic.twitter.com/kXMYGkalMG
— BFM News (@NewsBFM) February 26, 2020
Sekali pandang macam datang tengok acara Citrawarna di Dataran Merdeka. Ini mungkin kali pertama Ahli Parlimen kita itu naik bas tersebut.
Tetapi beramaikah kalangan kita yang tahu pasal perkhidmatan bas Hop On Hop Off? Adakah untuk pelancong asing saja, atau boleh juga dinaiki orang tempatan? Berapa pula harga tambangnya? Ke mana pula destinasinya? Jom baca!
TENTANG BAS KL HOP ON HOP OFF
1. Bas Hop On Hop Off beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dengan kekerapan 20-30 minit sekali (bergantung trafik semasa).
2. Bas ini menyediakan dua laluan perjalanan, iaitu Laluan Bandar (City Router) dan Laluan Taman (Garden Route).
3. Dalam Laluan Bandar, ada 12 lokasi hentian, antaranya Bukit Bintang, KLCC, Menara Kuala Lumpur, Changkat dan China Town. Laluan Taman pula ada 15 lokasi hentian, dan salah satu hentian itu ialah Istana Negara! Antara laluan lain ialah Muzium Negara, Taman Burung dan Chow Kit.
4. Bagi warga tempatan yang memegang kad pengenalan MyKad, anda dapat harga istimewa yang lebih murah daripada pelancong luar negara. Tiket 24 jam cuma RM25 untuk dewasa, RM15 (kanak-kanak 5 tahun ke atas) dan PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.
5. Kalau rasa 24 jam tidak cukup puas untuk pusing satu Kuala Lumpur, ada juga disediakan tiket 48 jam yang bersamaan dua hari!
6. Bas ini turut ditawarkan di Pulau Pinang dan Ipoh dengan dilengkapi ciri kamera litar tertutup (CCTV) dan boleh memuatkan hingga 60 penumpang pada satu-satu masa.
Berminat nak naik tak?
GALERI
FOTO: MalaysiaGazette | MalaysiaKini
Leave a Reply