• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Aston Martin Bulldog - Konsep Supercar Terpantas 70-an Akan Dibaik Pulih

Aston Martin Bulldog - Konsep Supercar Terpantas 70-an Akan Dibaik Pulih

March 8, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL ikonik British rekaan Aston Martin pada 1979 akan dibaik pulih bengkel Classic Motor Cars (CMC) di Bridgnorth, England.

Model itu, dengan nama Aston Martin Bulldog, direka William Towns sebagai kereta konsep one off yang dibina untuk membuktikan pengeluar British itu bukan hanya pakar dalam bidang permotoran, tetapi juga kejuruteraan. Bulldog juga dihasilkan untuk menonjolkan kemampuan fasiliti kejuruteraan baharu Aston Martin di Newport Pagnell, Britain.

BACA >>> Aston Martin DB6 MkII Volante dengan Enjin EV! Enjin Asal Masih Boleh Pasang Semula

Aston Martin mensasarkan Bulldog untuk mencapai kelajuan lebih 322kmj, sekali gus menjadi kereta pengeluaran terpantas dunia pada masa itu. Mengikut perancangan, Aston Martin mahu mengeluarkan 15-25 unit Bulldog, tetapi tidak kesampaian selepas pengerusi baharu, Victor Gauntlett pada 1981 memutuskan menghentikan projek tersebut kerana kos terlalu tinggi.

Pada 1984, Aston Martin menjual Bulldog kepada seorang pengumpul koleksi dari Timur Tengah dan kemudian bertukar tangan ke Amerika Syarikat sebelum kembali ke Britain.

BACA >>> CEO Aston Martin Tunjuk Handal - Menang Tempat Kedua Lumba Enduran 24 Jam!

Bulldog dijana enjin 5.3L V8 Turbo Kembar Garrett berkuasa 600hp dan tork 678Nm. Prestasi diperoleh nyata luar biasa untuk kereta yang dibina pada 1979 yang mana ujian litar MIRA merekodkan kelajuan tertinggi 307kmj!

Dengan latar belakang ikonik, Bulldog akan dibaik pulih CMC untuk tempoh selama 18 bulan. Dari sekecil nat dan bolt akan diberikan perhatian dan pemiliknya merancang menguji semula jentera itu dengan kelajuan melepasi 322kmj sebelum dibawa menjelajah dunia.

Pengarah Urusan CMC, Nigel Woodward usaha mengembalikan Bulldog dalam kondisi asal akan dilakukan dengan menggunakan komponen dan teknologi moden bagi menambah baik ketahanan kereta.

Woodward juga mahu bekerjasama dengan jurutera asal yang membina kereta ikonik berkenaan. Seperkara menarik lain, siapa pula yang menukar warna Bulldog dari warna asal putih dan kelabu kepada hijau?

Antara cabaran besar dihadapi CMC ialah alat ganti. Jika tidak dapat ditemui, ia perlu dihasilkan sendiri. Woodward turut menggesa sesiapa yang ada maklumat dan gambar Bulldog dapat berkongsi dengan CMC. Ada lapan individu akan terlibat dalam projek baik pulih tersebut, diketuai Woodward dan Pengarah Bengkel, Tim Griffin.

BACA >>> Aston Martin Valkyrie - Kereta Hiper Enjin NA Cosworth V12 Berkuasa 1,160hp!

GALERI

SUMBER: Autoblog

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Aston Martin, Aston Martin Bulldog, Classic Motor Cars, Classic Motor Cars (CMC), cmc, Nigel Woodward, Tim Griffin, Victor Gauntlett, William Towns

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my