• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Facelift (2020) Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM113k!

Honda Civic Facelift (2020) Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM113k!

February 26, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia pada Oktober lalu mengadakan majlis previu Honda Civic versi dipertingkat (facelift) kepada media. Selepas hampir empat bulan, model itu kini rasmi dilancarkan. 

Kehadiran model popular Honda itu pastinya memeriahkan lagi pasaran sedan segmen-C tempatan dengan menampilkan kemas kini signifikan. Berikut 10 perkara yang perlu anda tahu tentang Civic facelift (2020):

BACA >>> Honda Malaysia Tayang Civic Facelift dengan Kemas Kini Signifikan, Gaya Lebih Sporty

1. Ada tiga pilihan varian ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • 1.8S - RM113,600
  • 1.5TC - RM129,600
  • 1.5TC-P - RM139,600

* Harga atas jalan, tidak termasuk insurans.

2. Civic facelift (2020) masih mempertaruhkan dua varian enjin:

  • 1.8 i-VTEC - Kuasa 102hp @ 6,5000rpm; Tork 174Nm@ 4,300rpm
  • 1.5 VTEC Turbo - Kuasa 171hp @ 5,500rpm; Tork 220Nm @ 1,700-5,500rpm

Kedua-dua enjin dipadankan transmisi automatik CVT.

3. Rekabentuk luaran tidak banyak berubah berbanding model terdahulu.  Bahagian depan kini tampil dengan gril hitam, bukan krom seperti sebelumnya. Bawah bampar depan pula ada spliter hitam. Bampar belakang diberikan kemasan baharu pada lid bawah, manakala spoiler kini lebih besar.

4. Sebagai respons kepada pelanggan, Civic facelift disediakan butang penyaman udara di bawah skrin sentuh. Sebelum ini, pengguna perlu cari bahagian menu skrin sentuh yang kurang mesra pengguna. Selain itu, kemasan kerusi depan kini menampilkan corak baharu di tengah penyandar.

5. Unit infotainment menampilkan paparan 7 inci dengan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto. Semua varian Civic ditawarkan dengan port HDMI, 2 slot USB dan lapan pembesar suara.

BACA >>> Honda Civic Type-R Limited Edition (2020) Mahu Rampas Semula Raja Nürburgring

6. Civic facelift dipasangkan set rim aloi 18 inci hitam (235/40), khas untuk varian 1.5 TC-P, manakala varian 1.8S bersaiz 16 inci (215/55)  dan 1.5TC (17-inci/ 215/50). Sistem suspensi menggunakan strut Macpherson di depan dan multi-link (belakang).

7. Civic facelift ini dipadukan ciri keselamatan pemanduan semi-autonomi Honda Sensing, sama seperti CR-V dan Accord. Namun ciri ini hanya ada pada varian 1.5TC-P, terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Pandu Halaju Rendah (LSF)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Masuk Lorong (RDM)
  • Amaran Masuk Lorong (LDW)

8. Berikut ciri keselamatan standard untuk Civic facelift:

  • 6 beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Brek Pegun Automatik (ABH)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Pandu Tangkas (Agile Handle Assist, AHA)

9. Ada lima warna pilihan, termasuk satu warna baharu:

  • Lunar Silver Metallic (perak)
  • White Orchid Pearl (putih)
  • Modern Steel Metallic (kelabu)
  • Passion Red Pearl (merah)
  • Crystal Black Pearl (hitam)

10. Setiap pembelian Civic facelift ditawarkan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

BACA >>> #Spyshot: Honda Civic Hatchback Facelift Dikesan di Indonesia

GALERI

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda Civic, Honda Civic facelift, Honda Civic Facelift (2020), Honda Malaysia, Roda4, sedan segmen-C, Segmen C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my