• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SOCAR Malaysia Perkenal Trevo, Aplikasi Mobil untuk Sewa Kereta

SOCAR Malaysia Perkenal Trevo, Aplikasi Mobil untuk Sewa Kereta

February 27, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SOCAR Malaysia
melancarkan aplikasi mobil Trevo yang menawarkan perkhidmatan perkongsian kereta menerusi konsep sewa pelbagai jenis model mampu milik kepada pelanggan sekitar Lembah Klang.

Pelanggan (guest) kini boleh menyewa pelbagai segmen dan model kenderaan mengikut bajet masing-masing. Pada masa sama Trevo juga menyediakan platform kepada pemilik kereta (dipanggil hosts) untuk sewakan kenderaan sendiri.

Majlis pelancaran berlangsung di Glasshouse, Seputeh yang dihadiri Pengarah Urusan dan Presiden SK Holdings, Jang Dong-Hyun, Naib Presiden Eksekutif SK Holdings, Shin Jung-Ho, Pengurus Besar Trevo Malaysia, Susan Teoh dan Pengarah Urusan SOCAR Malaysia, Leon Foong. SK Holdings memiliki 60 peratus saham SOCAR, manakala 40 peratus lagi milik SOCAR Korea.

Trevo by SOCAR (9)
Trevo by SOCAR (3)

Susan berkata, rakyat Malaysia gemar mencuba konsep terkini seperti modul pemilikan kereta baharu ditawarkan Trevo. Konsep ini membolehkan mereka mengakses kereta hanya ketika diperlukan saja tanpa ada sebarang komitmen pemilikan jangka masa panjang.

Pemilik kereta pula berpeluang menyewakan kereta mereka yang jarang digunakan untuk menambahkan pendapatan.

Kami sangat berbesar hati membantu rakyat Malaysia mencapai impian mereka dengan Trevo. Bagi pelanggan, kami menyediakan banyak pilihan mobiliti untuk membantu mereka merasai perjalanan diimpikan. Bagi pemilik pula, kami menawarkan peluang lumayan kepada mereka yang mahu menjana lebih pendapatan.

"Kami juga menyediakan bengkel khas untuk pemilik mengoptimumkan nilai pemilikan kereta. Kami mahu mewujudkan komuniti Trevo yang berkembang pesat selain berkongsi matlamat untuk meningkatkan mobiliti dan mengurangkan jumlah pelepasan asap karbon, sekali gus mewujudkan persekitaran lebih baik untuk semua," kata Susan.

KENAPA PERLU PILIH TREVO?

Trevo by SOCAR (2)
Trevo by SOCAR (8)

Melalui Trevo, pelanggan dapat menyewa kereta serendah RM55 sehari untuk Perodua Myvi, termasuk peluang merasai pengalaman menyewa Rolls Royce!

Mengapa perlu Trevo? Berikut jawapannya:

  • Kadar harga sewa paling tidak masuk akal di pasaran! Murah dan berbaloi.
  • Khidmat penghantaran kereta disediakan.
  • Aplikasi mesra pengguna. Tiada penetapan waktu. Pengguna boleh pilih hari dan waktu mengikut kemahuan.
  • Keselamatan pengguna terjamin. Insurans disediakan.
  • Pelbagai tawaran untuk dinikmati.

CARA GUNA TREVO

appstore-logo
playstore-gooleplay-logo
  1. Muat turun aplikasi Trevo menerusi AppleStore (iOS) atau PlayStore (Android).
  2. Daftar pelanggan baharu dengan mengemukakan lesen memandu atau pasport (jika ada).
  3. Pilih lokasi dan tarikh perjalanan untuk dapatkan senarai pilihan kereta.
  4. Buat tempahan (pemilik akan mengesahkan tempahan dalam masa 24 jam).
  5. Selepas kereta disahkan, tetapkan masa penghantaran atau pengambilan kereta.

* Tidak boleh menempah dua kereta pada tarikh sama. 


Trevo mula diperkenalkan di Malaysia pada 14 Oktober 2019. Sehingga kini, Trevo mencapai 20,000 pengguna berdaftar dan lebih 1,000 tempahan. Maklumat lanjut mengenai Trevo boleh layari laman web Trevo atau kunjungi laman Facebook Trevo Malaysia.

BACA >>> 8 Fakta Tentang SOCAR yang Perlu Anda Tahu - Sewa Kereta Pandu Sendiri Ikut Jam

Trevo by SOCAR (9)
Trevo by SOCAR (3)
Trevo by SOCAR (4)
Trevo by SOCAR (2)
Trevo by SOCAR (6)
Trevo by SOCAR (8)
Trevo by SOCAR (1)

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi sewa kereta Trevo, Auto Terkini, Jang Dong-Hyun, Leon Foong, sewa kereta, sewa kereta murah, Shin Jung Ho, SK Holdings, SOCAR Korea, SOCAR Malaysia, Susan Teoh, Trevo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev