• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bajaj Buka Tempahan Dominar 400 Versi Patuh BS6

Bajaj Buka Tempahan Dominar 400 Versi Patuh BS6

February 24, 2020 By Aryon Leave a Comment

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAJAJ Auto membuka tempahan Dominar 400 BS6 menjelang pelancaran rasmi model naked bike itu di India. Pembeli juga boleh menempah untuk mendapatkan token bernilai Rs5,000 (RM293).

Model itu dilaporkan akan dijual pada harga 191,751 rupee (RM11,250), lebih mahal kira-kira 1,750 rupee (RM102) berbanding model BS4.

BACA >>> Modenas Dominar 400 Kini Pada Harga RM15,488 - Adakah Masih Berbaloi Dimiliki?

Dominar 400 BS6 menerima naik taraf major pada Mac tahun lalu apabila Bajaj memperkenalkan ciri baharu seperti konfigurasi enjin DOHC, kluster instrumen gaya-pisah dengan paparan matriks DOT, dan fork depan terbalik (USD).

Bajaj juga belum mendedahkan perincian pelancaran, atau spesifikasi mekanikal untuk model versi BS6 itu. Bagaimanapun, ramai menjangka tidak banyak perubahan besar dilakukan dari segi kuasa dan tork berbanding model BS4.

Sebagai rujukan, Dominar 400 BS4 dijana enjin silinder tunggal 373.3cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 39.4hp @ 8,650rpm dan tork 35Nm @ 7,500rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan yang dilengkapkan ciri klac anti-gelincir (A&S).

BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal

Dominar 400 BS6 kini sudah tiba di bilik pameran Bajaj seluruh India, sekali gus menandakan hari pelancaran akan diumumkan tidak lama lagi. Penghantaran dijangka bermula tidak lama selepas dilancarkan. BS6 ialah syarat emisi baharu yang dikuatkuasakan Kerajaan India dalam usaha mengurangkan pencemaran disebabkan asap kenderaan.

Pada masa sama, Bajaj juga dilaporkan sedang menghasilkan Dominar versi bajet yang mana kelibat model itu dikesan sedang ditunggang uji dengan tayar kecil, dan komponen swingarm gred biasa dekat Pune, Maharashta, India.

BACA >>> Modenas Power Store - Butik Khas Pertama di Asean untuk Model Pulsar, Dominar

SUMBER: BikeWale

Related

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bajaj Auto, Bajaj Dominar 400 BS6, BSIV, naked bike, roda2, sportbike, Syarat Emisi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev