• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kilang Honda Filipina Henti Operasi Pengeluaran BR-V, City

Kilang Honda Filipina Henti Operasi Pengeluaran BR-V, City

February 24, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

501
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Cars Philippines Inc. (HCPI) menghentikan operasi pengeluaran di kilang Sta Rosa, Laguna bermula bulan depan. Pengumuman itu nyata mengejutkan, tetapi bukan luar biasa dalam industri automobil. Kilang tersebut sehingga kini menjadi fasiliti pengeluaran model kereta penumpang, BR-V dan City.

Honda tidak memaklumkan secara terperinci alasan penutupan operasi tersebut yang dibuat selepas mempertimbangkan usaha mengoptimumkan operasi pengeluaran di rantau Asia dan Oseania (Australia, New Zealand dan lain-lain). Filipina ialah antara negara di Asean yang menggunakan pemanduan sebelah kiri.

BACA >>> Filipina Jadi Negara Asean Pertama Lancar Geely Coolray (Binyue), Harga Mula RM79k

Bagaimanapun, HCPI masih mengekalkan operasi dengan menawarkan khidmat jualan dan selepas jualan di Filipina menggunakan rangkaian Honda di Asia dan Oseania, termasuk menawarkan produk kepada pelanggan negara itu.

HCPI memulakan operasi di Filipina pada November 1990, dan pengeluaran pertama bermula 1992. Usia syarikat itu dikira muda walaupun pengeluar dari Jepun itu sudah bertapak di negara Asean itu sejak 50 tahun lalu.

Selain kereta penumpang, Honda turut mempunyai operasi motosikal dengan pelbagai menawarkan pelbagai barisan produk daripada sekecil kapcai Supra GTR150 (RS150R) hingga touring Gold Wing. Pada September 2016, operasi pengeluaran motosikal Honda di Filipina mencecah 5 juta unit.

BACA >>> Honda Civic Type R (2020) Facelift Debut di Tokyo, Kini dengan Honda Sensing

Related

501
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda Cars Philippines, Kilang Honda Filipina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my