SELESAI majlis pelancaran Dasar Automotif Nasinal (NAP) 2020 sebentar tadi, editor kami, Gan Yong Li diminta mengulas dan memberikan pendapat ringkas beliau tentang polisi tersebut.
NAP baru saja dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pagi tadi di tadi di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dirangka untuk memacu Malaysia menjadi peneraju serantau dalam pembuatan, kejuruteraan, teknologi dan pembangunan mampan sektor automotif.
* Tonton minit ke 00:35
Dasar ini akan menumpukan kepada kajian teknologi baharu, mewujudkan perniagaan dan peluang pekerjaan, termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), dan pembangunan dalam proses bidang pembuatan yang baharu, termasuk rantaian nilai melalui automotif tempatan serta sektor mobiliti keseluruhannya.
Ekosistem dalam sektor pembuatan dan selepas pasaran melalui automotif dan industri mobiliti akan ditingkatkan dengan menumpukan kepada Kenderaan Generasi Baharu (Next Generation Vehicle, NxGV), Mobiliti sebagai Perkhidmatan (Mobility as a Service, MaaS) dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak memperincikan bentuk inisiatif yang akan diberikan Kerajaan misalnya seperti pengecualian cukai, geran, insentif dan seumpamanya. Apa disampaikan beliau lebih kepada maklumat umum.
Leave a Reply